AKHIRNYA, isu Statut Rom yang menimbulkan keresahan masyarakat Melayu bumiputera terlerai.

“Pengesahan PBB yang bertarikh 15 Mei 2019 dengan caption MALAYSIA: WITHDRAWAL OF THE INSTRUMENT OF ACCESSION telah memberikan rasa lega kita rakyat Malaysia setelah pelbagai perjuangan dan tekanan khususnya dari Blok Pembangkang, NGO dan individu yang cintakan negara dalam acuan dan bentuk Malaysia yang tersendiri.”

“Blok pembangkang membantah ratifikasi Statut Rom di dalam parlimen. UMNO dan PAS mengadakan ceramah bersama. Kumpulan NGO mengadakan himpunan dengan kemuncaknya himpunan menentang Statut Rom di Sogo pada 4 Mei 2019.”

“Kita tidak perlukan undang-undang luar untuk diamalkan kerana perlembagaan dan perundangan dalam negara kita sudah cukup untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang aman dan damai juga selamat untuk rakyatnya,” kata Datuk Sri Ismail Sabri Yaakob dalam suatu kenyataan.

Menurut beliau sepanjang Ramadan rakyat melalui saat tegang dan berada di bawah tekanan kerana Kerajaan DAP-PH melalui Menteri Luar Dato Saifuddin Abdullah masih beria-ia untuk mengkaji dan mahu meneruskan usaha meratifikasi Statut Rome ini walau Perdana Menteri telah mengumumkan pembatalannya sebelum ini.

“Kejayaan rakyat hari ini merupakan sebuah kejayaan bersama menentang kerajaan DAP-PH yang sedang membawa masuk agenda tersembunyi untuk menghapuskan hak Melayu, hak umat Islam dan Institusi Raja-Raja terutama untuk menghapuskan Kekebalan Raja-Raja Melayu yang selama ini kita dokong dan julang sebagai hak keistimewaan yang tidak boleh dipertikaikan.”

“Dalam masa yang sama Statut Rom juga memperlekehkan Raja-Raja Melayu malah segala undang-undang yang terdapat di Malaysia terutama Mahkamah Khas untuk membicarakan Raja-Raja Melayu,” kata beliau lagi.

Menurut Ismail lagi, boleh dilihat agenda demi agenda yang mahu dibawa oleh kerajaan DAP-PH ini sepanjang setahun mereka berkuasa. Kesemua agenda yang mahu dibawa ialah berkaitan penghapusan hak istimewa Islam, Melayu, Bumiputera dan samarata agama melalui cadangan ratifikasi ICERD. Maka jelaslah bahawa kerajaan DAP-PH ini merupakan sebuah kerajaan Anti Islam dan Anti Melayu.

“Kita semua harus sujud syukur kepada-Nya atas pengurniaan kemenangan ini yang telah menidakkan agenda jahat DAP-PH yang mahu dibawa. Moga Allah terus melindungi kita rakyat Malaysia dari dihina dan dizalimi oleh sebuah kerajaan DAP-PH,” kata beliau. – NTHQIBORD 17 Mei 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.