SIKAP Anwar Ibrahim yang sering bermuka-muka dan memberikan ucapan yang bersifat putar belit memang tidak dapat dinafikan lagi, kata penasihat NGO Islam.

Zamil Ibrahim mengakui bahawa sepanjang penglibatan beliau bersama Parti Keadilan Rakyat (PKR), seringkali mendengar olahan cerita yang pelbagai disampaikan presiden parti itu.

“Saya sendiri pernah lalui bersama dengan Anwar, pernah berada dalam mesyuarat dengan dia.

“Dan lalui apa yang dikatakan berbeza (cakap putar-belit). Cakap topik yang sama,” katanya ketika dihubungi NTHQiBord, baru-baru ini.

Ulas bekas pemimpin PKR di peringkat pusat itu, Anwar tidak mempunyai prinsip yang jelas kerana melalui ucapannya dia hanya fokus untuk menarik perhatian pendengar sambil meyakinkan bahawa dia adalah satu-satunya pemimpin yang membela rakyat.

Tambah Zamil, kelakuan Ahli Parlimen Port Dickson itu dilihat semakin terdesak apabila dia meneruskan sikapnya kepuraanya itu semasa berkempen di Pilihan Raya Kecil (PRK) Rantau.

“Contoh terbaharu, di PRK Rantau. Waktu maghrib dia boleh bagi tazkirah. Tetapi selepas Isyak dia menari di atas pentas.

“Cuba bayangkan baru sahaja bagi tazkirah di surau, hebatkan lakonan dia?

“Watak alim boleh, watak penari pon boleh,” katanya.

Sementara itu, Zamil turut mengingatkan Anwar untuk menghentikan lakonannya. Rakyat semakin faham dengan tipu muslihat yang ‘dipentaskan’ oleh bekas timbalan perdana menteri itu.

“Nasihat kepada Anwar, walaupun saya lebih muda daripada dia dan pengalaman kecil kalau hendak berlakon atau tipu boleh tapi sekali dua sahaja.

“Kalau selalu menipu kepada orang yang sama atau orang keliling , lama-lama orang akan tahu bahawa kita ini adalah pelakon dan penipu yg hebat,” ulasnya.

Baru-baru ini Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang membidas kenyataan Anwar yang mahu dirinya dilihat sebagai pemimpin yang teguh terhadap Islam apabila memegang jawatan sebagai Perdana Menteri kelak.

Malah Abdul Hadi turut memberi reaksi bahawa sikap Anwar berubah-ubah mengikut keadaan dan keadaaan ini jelas dilihat berdasarkan majlis-majlis yang dihadiri sebelum ini dengan ada di antaranya yang menimbulkan kontroversi termasuk membabitkan menari di hadapan khalayak. – NTHQiBord, 18 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.