SIAPA tak kenal Adam Adli? Pejuang PTPTN era Barisan Nasional yang kian dilupakan pada zaman Pakatan Harapan (PH).

Adam akhirnya muncul kembali dengan nada penyesalan apabila mengkritik hebat Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) terutama sekali terhadap pengerusinya, Wan Saiful Wan Jan.

Kritikan itu dilontarkan susulan cadangan badan pendidikan itu yang mahu menyenarai hitam peminjam yang gagal melunaskan pinjaman.

Agaknya, si Adam ini dah sedar bahawa dia pun sebenarnya dah kena ‘kencing’ kerajaan Pakatan Harapan (PH) ni.

“Asyik bagi alasan menjengkelkan dengan kata nak bincang. Dia (Wan Saiful) menjadikan PTPTN badan paling bangsat dalam negara,” katanya baru-baru ini.

Sependapat dengan Adam, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi berkata kerajaan PH sudah lupa dengan janji manifesto mereka untuk meringankan bebanan rakyat termasuk kalangan orang muda.

Mana tidaknya, sebelum jadi kerajaan macam-macam dilaungkan termasuklah konon nak bagi pendidikan percuma kalau dah jadi kerajaan.

Tapi tengok sendiri apa jadi sekarang ini? Lagi kena senarai hitam.

Menurut bekas Pengarah Bahagian Komunikasi Strategik Jabatan Hal Ehwal Khas (Jasa) Tun Faisal Ismail Aziz, sejak PH menjadi kerajaan barulah mereka fahami bahawa bukan senang untuk merealiasikan apa yang ditaburkan kepada rakyat sebelum ini.

“Mula-mula sebab PH sudah buat macam-macam janji. Hendak hapuskan PTPTN, kemudian dengan pendidikan percuma…sampaikan hasut graduan untuk tidak membayar.

“Semua ini tunjukkan bahawa PH tidak tahu mekanisma pembiayaan PTPTN.

“Jadi sekarang baru dia faham, sejak dia masuk kerajaan, hendak hapus PTPTN dan biar graduan yang hutang tidak bayar bukanlah sesuatu yang mudah,” katanya ketika dihubungi NTHQiBord, hari ini.

Rakyat terutama golongan belia semestinya kecewa dengan pentadbiran kerajaan PH yang tidak melaksanakan apa yang mereka canangkan selama ini.

Mengulas lanjut Presiden Parti Rakyat Malaysia (PRM) Jenice Lee berkata tindakan PH yang dilihat seperti meneguk air yang keruh ini sangat mendukacitakan, malah diibaratkan memainkan perasaan rakyat.

“Orang politik yang menipu rakyat, dia cakap tidak perlu bayar tapi bila dia sudah dapat undi dia buat yang sebaliknya pula.

“Manifesto semua tipu sahaja , seorang yang munasabah dan berfikiran panjang seharusnya mengikut berdasarkan undang-undang bukan cakap menggunakan emosi,” katanya. – NTHQiBord, 18 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.