Ahli Parlimen Bera itu percaya bahawa cadangan itu adalah permulaan untuk DAP menghapuskan keistimewaan orang Islam dalam memastikan negara ini mengamalkan konsep Malaysia Malaysian.

SELEPAS hampir setahun mengemudi UMNO Selangor, Datuk Seri Ismail Sabri akhirnya melepaskan jawatan Pengerusi Perhubungan UMNO negeri itu berkuat kuasa 1 Mei lalu.

Keputusan itu dibuat selepas melihat prestasi UMNO Selangor yang makin meningkat, lebih-lebih lagi dengan kejayaan Barisan Nasional (BN) merampas kembali kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Semenyih pada pilihan raya kecil (PRK), 2 Mac lalu.

Dengan kejayaan itu, Ismail merasakan UMNO Selangor sudah sedia untuk dikemudi oleh pemimpin parti dari negeri itu sendiri.

Buat masa ini, Timbalan Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Datuk Mat Nadzari Ahmad akan memangku tugas pengerusi.

Menurut Ismail, nama pengganti kekosongan jawatan itu akan diumumkan selepas sambutan Aidilfitri.

Hasil keputusan mesyuarat Khas Perhubungan UMNO Selangor pada 5 April itu menunjukkan kematangan politik dalam parti itu untuk memperkukuhkan UMNO serta menunjukkan kebangkitan bagi merampas semula Selangor pada pilihan raya akan datang.

Kini terletak kepada kepimpinan UMNO Selangor untuk memilih calon yang berwibawa dan bersih bagi memimpin parti ke tahap yang lebih baik.

Antara nama yang disebut-sebut adalah Mat Nadzari sendiri serta dua ketua bahagian, Datuk Johan Abdul Aziz (Hulu Langat) dan Datuk Megat Zulkarnain Omardin (Gombak).

Siapa pun yang menjadi pengganti, penting buat mereka untuk memastikan UMNO Selangor kembali ke landasan terbaik dengan memulihkan kepercayaan rakyat kepada parti itu selepas kekalahan pada PRU14 lalu. – 18 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.