SYED Saddiq tidak perlu untuk berlagak seperti hero kononnya dia sekarang ini sedang membela golongan belia berkenaan kemelut pembayaran semula Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

Baru-baru ini, Menteri Belia dan Sukan itu berkata dia akan terus berada di belakang anak muda untuk membantah cadangan PTPTN untuk menyenarai hitam peminjam yang gagal bayar.

Ia susulan cadangan PTPTN untuk melaksanakan semula sekatan ke atas peminjam termasuk beberapa idea baharu seperti sekatan pembaharuan cukai jalan, insuran dan lain-lain.

Tapi kalau betul-betul mahu tunjuk hero,  eloklah dia mendesak habis-habisan terhadap kerajaan untuk menunaikan janji manifesto berkenaan menghapuskan PTPTN.

Bukankah itu janji yang ditaburkan oleh Pakatan Harapan pada PRU14 lalu?

Jadi sebagai menteri, Syed Saddiq sebagai seorang menteri sepatutnya memastikan apa yang dijanjikan patut dilaksanakan segera apatah lagi ramai golongan muda terpesona dengan janji yang ditaburkan.

Jadi tak perlulah Seyd Saddiq membela kerajaan dengan beri macam-macam alasan, konon tidak mampu tunai janji dan salahkan kerajaan lama.

Satu lagi perkara yang perlu dia ingat ialah, golongan muda mengundi Pakatan Harapan pada PRU lalu ialah berkenaan janji untuk hapuskan PTPTN. Tapi sebaliknya pula yang berlaku.

Lagi menyakitkan hati, Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohamad sendiri membidas golongan peminjam PTPTN.

Kata Tun Mahathir, beliau berasa malu sebab peminjam tidak membayar PTPTN.

Sepatutnya Tun Mahathir tahu, tidak semua peminjam sudah mendapat pekerjaan. Ada pula yang sudah bekerja tetapi tidak mendapat gaji yang setimpal.

Kerajaan PH yang seharusnya malu dengan rakyat. Sebelum PRU macam-macam dijajanya.

Selepas PRU, macam-macam alasan diberikan termasuk masalah hutang negara dan sebagainya.

Betullah kata seniman agung, Allahyarham P. Ramlee. Salah undi dapat tahi!

Jadi jika benar Syed Saddiq pembela golongan belia, bangkitkan isu PTPTN ini di ruangan yang betul, bukannya sekadar di media sosial.

Jangan sekadar jaguh di media sosial, tapi bila diasak kemukakan isu itu, macam-macam drama atau alasan pula diberikan. – NTHQiBord, 18 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.