JELAS kedengaran nada kecewa bekas presiden MCA, Tan Sri Chua Soi Lek apabila menyatakan parti Cina itu perlu keluar pakatan Barisan Nasional (BN) demi kelangsungan MCA.

Tapi kecewanya itu lebih kepada tidak dapat menyumbang apa-apa lagi terhadap parti sejak diketepikan MCA selepas gagal menerajui parti itu dengan baik pada PRU13.

Mana tidaknya, pada 2013-lah yang menyaksikan gelombang undi Cina tidak lagi memihak kepada BN apabila parti itu hanya memenangi tujuh kerusi parlimen dan 11 kerusi negeri, jauh lebih sedikit daripada 15 kerusi parlimen dan 32 kerusi negeri yang dimenanginya pada PRU 2008.

Namun Chua bersikap ‘gentleman’ apabila sedia menolak sebarang jawatan dalam kerajaan atas kegagalannya pada PRU13.

Mungkin itu menunjukkan kematangannya dalam berpolitik, lebih-lebih lagi sebagai pemimpin yang berpengalaman dalam MCA.

Tetapi saranannya agar MCA keluar dari BN ternyata

Tetapi realitinya khidmat beliau tidak lagi diperlukan kerana parti itu kini diterajui oleh pucuk-pucuk baharu.

Mungkin generasi baru yang dipilih memimpin MCA masih mentah tetapi alasan untuk berpisah daripada BN bukan jalan terbaik seperti disarankan Chua.

Nasihat Chua itu hanya keruhkan lagi keadaan, sedangkan BN sudah mula mendapat momentum dan dalam usaha memulihkan kepercayaan dalam kalangan rakyat.

Tindakan Chua itu juga tak ubah seperti mahu buat kemunculan semula dalam dunia politik sedangkan beliau dilihat tidak lagi relevan.

Mungkin Chua nampak hebat apabila berpidato atau berdebat, tetapi sebagai ahli politik, beliau seorang yang gagal.

Kegagalan itu diukur pada PRU13 apabila waktu itu dikatakan berlaku tsunami kaum Cina terhadap kerajaan. Jadi siapa yang harus dipersalahkan?

Sebaik-baiknya, Chua tidak perlu menyentuh soal kerjasama dalam BN antara parti komponen iaitu MCA, MIC dan UMNO, kerana ia akan memburukkan lagi keadaan dan memberi peluang kepada pihak lawan untuk melemahkan pakatan ini.

Chua juga tidak boleh jadikan kerjasama UMNO-PAS sebagai alasan untuk MCA menarik diri kerana kerjasama kedua-dua parti Melayu dan Islam ini sudah menampakkan hasil positif berdasarkan tiga PRK di Semenyih, Cameron Highlands dan Rantau.

Jadi berehatlah Chua… Anda tidak lagi relevan. – NTHQiBord, 19 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.