LEBUHRAYA Pantai Barat dijadualkan dibuka pada hari ini yang bermula dari Banting Selangor ke Taiping Perak.

Pembinaan ini bermula pada tahun 2014 dan menelusuri laluan sejauh kira 233 kilometer.

Laluan itu meliputi dari Jalan Banting-KLIA (B18) ke persimpangan Tanjong Karang (93.8km) di Selangor dan dari Jalan Persekutuan (FR5) di Hutan Melintang ke Tol Plaza Changkat Jering (139.2km) di Perak.

Tiga pakej di Perak meliputi Hutan Melintang ke Teluk Intan (19.1 km), Lekir ke Changkat Chermin (28km) dan Changkat Chermin ke Beruas (16.6km).

Laluan ini nanti akan menjadi alternatif bagi pengguna jalan raya yang ingin pulang ke Kedah, Pulau Pinang dan Perlis. Juga dapat mengelakkan kesesakan di Terowong Menora Ipoh.

Projek yang dirancang dan mula dibina pada zaman kerajaan Barisan Nasional ini bertujuan mengatasi kesesakan Lebuhraya Utara Selatan PLUS terutama musim perayaan dan musim cuti sekolah.

Projek yang menelan belanja RM5.04 bilion itu menghubungkan laluan lebuh raya sedia ada seperti PLUS, SKVE, NKVE, NNKSB, LATAR, KESAS dan beberapa laluan lain.

Namun tidak pelik jika tiba-tiba sahaja projek ini menjadi “kejayaan” kerajaan DAP-PH. Nasib baik projek ini hampir siap. Jika masih di peringkat awal, tidak mustahil akan jadi seperti projek ECRL yang berubah laluan, kos, dan kontraktor dan akhirnya menjadi projek DAP-PH. – NTHQIBORD 19 Mei 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.