BIBIT perpecahan antara parti Keadilan Rakyat (PKR) makin menunjukkan fasa gentingnya apabila Anwar Ibrahim dan Azmin Ali kini semakin berlumba-lumba meraih sokongan rakyat khususnya ahli PKR, kata Annuar Shaari.

Bekas setiausaha sulit Anwar itu berkata perkara ini tidak boleh dipertikaikan lagi memandangkan dalam PKR sendiri retak kepada dua kumpulan, di antara kem Anwar dan Azmin.

“Perpecahan begitu ketara sekali Anwar dengan sokongan sebahagian ahli PKR, dan parti komponen Pakatan Harapan,” kata Annuar.

Menurut beliau, dalam menguatkan jentera sokongannya mantan timbalan perdana menteri sanggup menjelajah ke seluruh negara untuk menguatkan pengaruh beliau.

Menguatkan lagi fakta, Anwar yang kononnya bakal perdana menteri ke-8 menunjukan seolah-olah beliau sudah bersedia untuk peralihan jawatan tersebut, ujar Annuar.

“Seperti DAP (sokong Anwar) begitu giat jelajah ke seluruh negara cuba ambil hati masyarakat Malaysia dengan cara masing-masing

“Anwar ambil hati kaum-kaum lain ,bahkan terhadap orang Melayu juga.

“Kononnya dia bela orang Melayu tetapi dalam pada masa yang sama dia juga pembela kaum-kaum lain,” katanya ketika sesi wawancara Anwar Ibrahim vs Mahathir Mohamad. Apa akan berlaku jika Anwar takkan jadi PM ? di Nothing To Hide, baru-baru ini.

Malah Annuar berkata, Azmin yang turut diketahui sebagai proksi Tun Mahathir dilihat cuba mencantas tindak tanduk Presiden PKR itu dengan melakukan gerak kerja yang sama, membuat siri jelajah.

“Azmin Ali juga, dia mendapat dokongan kuat sebahagian parti dan juga sokongan daripada luar.

“Mungkin daripada Parti Pribumi Bersatu Malaysia dan juga sebahagian DAP. Mereka nampak ini adalah jalannya (terbaik),”

Tambah Annuar, keputusan untuk menyokong Azmin adalah kerana mereka mahukan pemimpin muda yang mempunyai tenaga dan masa depan yang jelas untuk memimpin negara.

“Saya pernah ikuti temubual, ada kata memang tidak wajar Malaysia pada tahun 2020 ini masih lagi didokongi dan didominasi oleh personaliti politik lama.

“Anwar, Mahathir, Lim Kit Siang, kita perlukan tonjol pemimpin baharu yang bawa negara ini ke hadapan,” tegasnya. – NTHQiBord, 16 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.