SETAHUN selepas Lim Guan Eng (LGE) memegang jawatan Menteri Kewangan, ekonomi Malaysia semakin merimaskan dan rakyat terus tertekan.

“Setiap kali dihujani soalan ekonomi negara; LGE akan menyalahkan pentadbiran kerajaan Barisan Nasional dan menggunakan alasan Perang dagang antara Amerika Syarikat dan China,” kata Shahir Adnan, Ketua Pemuda Parti IKATAN Bangsa Malaysia dalam suatu kenyataan media.

Menurut Shahir LGE harus teliti dalam menyalahkan kerajaan Barisan Nasional kerana fakta perbandingan tidak boleh ditipu.

Kata Shahir lagi, berkaitan akibat perang dagang antara Amerika Syarikat dan China, kenapakah pelabur keluar dari Malaysia dan ringgit bertambah lemah, walhal negara serantau lain seperti Indonesia dan Thailand, ekonomi makin mengukuh. Kenyataan dangkal sebegini hanyalah “general answer” untuk menutup kegagalan diri sendiri.

“Terbaru, pengumuman FDI, ‘Foreign Direct Investment’ atau pun pelaburan langsung asing, dibuat dengan retorik menunjukkan kerajaan Pakatan Harapan memperbaiki ekonomi negara sejak pemerintahan Barisan Nasional. Lim Guan Eng mengumumkan Malaysia telah mencapai pelaburan langsung asing (FDI) tertinggi dalam sejarahnya.”

“Berdasarkan maklumat diperoleh, daripada sejumlah RM21.7 bilion, RM8.4 bilion adalah dari Jepun; RM3.7 bilion dari Austria dan RM2.8 bilion dari Hong Kong. Malangnya, RM8.4 bilion tersebut merupakan hasil penjualan aset Khazanah kepada Mitsui. Malangnya, RM3.7 bilion merupakan hasil penjualan pemilikan 50 peratus saham Sapura Upstream Sdn Bhd oleh Syarikat Minyak OMV berpangkalan di Australia,” kata Shahrir

Berdasarkan kamus Menteri Kewangan, adakah penjualan aset-aset negara kita menjadi penanda aras FDI? Jika begitu jawapan beliau, seperti yang dinyatakan di dalam sidang media, maka penjualan aset negara adalah baik dari kaca mata Lim Guan Eng, pertikai Shahrir.

Bagi Shahrir, satu persatu kenyataan LGE tidak mencerminkan kelulusan akauntan profesional seperti yang dicanang oleh DAP sendiri. Setahun Pakatan Harapan memerintah, dasar-dasar ekonomi yang rapuh menyebabkan Malaysia bakal terjerumus ke dalam kegawatan ekonomi yang teruk. – 20 Mei 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.