SATU lagi bukti menunjukkan Bangsa DAP semakin besar kepala dan mahu menunjukkan cara pemerintahan ala komunis.

Kali ini mangsanya pegawai Polis Diraja Malaysia (PDRM). Bukan calang-calang pegawai yang jadi mangsa. Ketua Polis Daerah Jerantut (OCPD), Supritendan Mazlan Hassan yang jadi mangsa ugutan Bangsa DAP.

Siapa taikonya?

Siapa lagi kalau bukan Pengerusi DAP Jerantut, Loo Why Leong yang sangat samseng mengugut Mazlan menerusi mesej dalam aplikasi WhatsApp.

Apa katanya?

“Siapa lawan PH, akan datang pun dia tak boleh aman.”

Rata-rata rakyat terutamanya orang Melayu berasa marah dengan kejadian ugut anggota polis ini, apatah lagi dilakukan oleh parti kerajaan sendiri.

Medan media sosial menjadi bahan bualan dan luahan tidak puas hati terhadap tindak tanduk samseng-samseng Bangsa DAP sejak akhir-akhir ini.

Mereka menyifatkan tindakan Why Leong umpama komunis dan mempersoalkan di manakah Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Menteri Dalam Negeri yang sepatutnya mempertahankan agensi penguatkuasa itu?

Apakah semua mulut menteri-menteri Melayu sudah terkunci? Takut akan dimarah Bangsa DAP?

Malah rakyat juga tidak berpuas hati apabila Why Leong dibebaskan beberapa jam selepas ditahan sedangkan perbuatan memaki menteri sebagai bodoh disumbat ke lokap selama tiga hari.

Jadi inikah keadilan zaman Malaysia Baharu di bawah kerajaan DAP-PH?

Inikah ‘rule of law’ yang dilaung-laungkan mampu mengembalikan keadilan buat semua orang?

Jika ini berterusan, tidak mustahil Malaysia akan diperintah menggunakan ‘rule of jungle’ yang dilaksanakan oleh parti yang tidak pernah memadamkan agenda perjuangan komunis!

Dalam bulan Ramadan yang suci ini, sudah dua kali Bangsa DAP buat hal dan dilihat sengaja mencabar kesabaran orang Islam.

Minggu lalu, Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar murka terhadap tindakan Ahli Parlimen Labis, Pang Hok Liong yang disifatkan baginda sebagai biadab dan tidak beretika kerana berpolitik dalam masjid.

Bagi kes melibatkan PDRM, ini juga kejadian kedua selepas insiden beberapa penyokong Pakatan Harapan menahan dan menyelongkar kereta peronda polis pada PRK Rantau.

Kesemua suspek sudah ditahan tetapi apa perkembangan kes itu? Apakah sudah didiamkan oleh tangan-tangan ghaib yang mempunyai kuasa dalam kerajaan?

Selamat datang ke Malaysia Baharu versi Bangsa DAP! – 20 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.