BERIKUTAN konflik antara Amerika Syarikat dan Iran yang masih tiada tanda-tanda surut, timbul kebimbangan mengenai bekalan minyak dunia.

Namun, pegawai-pegawai tertinggi dari Arab Saudi dan Emiriah Arab Bersatu (UAE) berkata bekalan minyak adalah mencukupi dan stok masih meningkat meskipun dijangka pengeluaran dari Iran dan Venezuela menurun.

Bercakap dalam pertemuan Negara pengeluar minyak mentah di Jeddah pada hari Ahad (waktu tempatan), Menteri Tenaga Khalid al-Falih berkata pasaran berada dalam keadaan “genting” tetapi “simpanan semakin meningkat dan bekalan banyak”.

“Tidak ada seorang pun yang mahu melihat stok [minyak] terlalu banyak,” katanya, merujuk kepada lebihan penawaran yang menyebabkan harga menurun dengan lebih rendah pada separuh kedua tahun lepas.

“Kita perlu berhati-hati,” katanya, sambil menambah bahawa anggota Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) tidak akan membuat keputusan tergesa-gesa mengenai pengeluaran menjelang pertemuan negara pengeluar yang dijadualkan pada bulan Jun.

Pertemuan antara menteri-menteri OPEC Plus, yang termasuk Rusia dan pengeluar bukan-OPEC lain, dibuat di tengah kebimbangan terhadap pasaran minyak yang tidak menentu berikutan ketegangan antara Iran dan Amerika Syarikat di Teluk.

Presiden AS Donald Trump bulan lalu mendesak pembeli minyak Iran – termasuk India, China dan Turki – berhenti membeli pada awal bulan Mei atau menghadapi sekatan dalam usaha untuk membawa “eksport minyak Iran menjadi sifar” dan menafikan “sumber utama pendapatan” Tehran.

Langkah itu berlaku tiga bulan selepas Trump mengenakan sekatan ke atas industri minyak Venezuela sebagai sebahagian daripada tawaran pentadbirannya untuk menekan Presiden Nicolas Maduro.

Iran tidak menghantar seorang wakil pun ke mesyuarat Ahad.

Pada akhir mesyuarat tersebut, al-Falih memberitahu bahawa OPEC Plus “sebulat suara untuk terus berusaha untuk mencapai kestabilan antara bekalan dan permintaan”.

Beliau berkata terdapat persetujuan dalam kalangan pengeluar minyak untuk menurunkan simpanan mentah secara “beransur-ansur”.

OPEC Plus bersetuju untuk mengurangkan pengeluaran sebanyak 1.2 juta tong sehari dari awal tahun ini selama enam bulan dalam usaha untuk menghentikan terlalu banyak stok.

Suhail Mohamed Faraj Al Mazrouei, Menteri Tenaga Emiriah Arab Bersatu, berkata tidak ada keperluan untuk mengabaikan cadangan itu.

“UAE melihat bahawa cadangan itu belum dilakukan, namun masih ada masa untuk melihat bekalan dan permintaan dan kita tidak melihat apa-apa keperluan untuk mengubah perjanjian itu,” kata Al Mazrouei.

Pada hari Ahad, menteri tenaga Rusia, Alexander Novak, berkata pemantauan berterusan terhadap pasaran perlu kerana ketidakpastian keadaan semasa dan cadangan penuh akan dibuat pada mesyuarat OPEC bulan depan.

Novak juga berkata pilihan untuk mengurangkan pemotongan yang dipersetujui telah dibincangkan dan keadaan bekalan akan lebih jelas pada bulan Jun, termasuk dari negara-negara yang dikenakan sekatan.

Harga minyak turun lebih rendah pada hari Jumaat berikutan kurangnya permintaan akibat berakhirnya perbincangan perdagangan Amerika Syarikat-China, tetapi agak tinggi pada hujung minggu berikutan peningkatan kebimbangan terhadap gangguan penghantaran Timur Tengah kerana ketegangan politik antara Washington dan Tehran.

ketegangan antara Arab Saudi dan Iran juga meningkat minggu lalu selepas serangan terhadap dua kapal tangki minyak Arab Saudi dari pantai UAE dan satu lagi kemudahan minyak Saudi.

Riyadh menuduh Tehran dalang disebalik serangan dron ke depot minyak, melalui proksinya Houthi di Yemen yang mengaku bertanggungjawab. Namun, UAE tidak pula menuduh mana-mana pihak atas serangan kapal tangkinya.

Iran menafikan terlibat dalam kedua-dua serangan tersebut.

“Walaupun ia tidak menjejaskan bekalan kami, tindakan keganasan seperti itu amat menyedihkan,” kata al-Falih. – 20 Mei 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.