PEMAIN bola sepak terkenal, Cristiano Ronaldo sekali lagi menunjukkan sikap dermawannya terhadap penduduk Palestin apabila memberikan sumbangan AS$1.5 juta (RM6.2 juta) menerusi Yayasan Kebajikan Onwadan.

Sumbangannya itu dikatakan sebagai simbolik keprihatinan bintang Juventus itu terhadap kesengsaraan penduduk di Gaza yang terus dibedil Israel meskipun pada bulan Ramadan.

Laporan media Sepanyol memetik sebagai berkata, Ronaldo tidak menghebahkan berkenaan kerja amalnya itu.

Namun perkara ini didedahkan menerusi sebaran di media sosial.

Penyerang Portugal itu sebelum ini pernah beberapa kali memberi sumbangan kepada rakyat Palestin.

Pada 2012, ketika memenangi trofi kasut emas Ronaldo menyumbangkannya untuk pembinaan beberapa buah sekolah di Gaza.

Tidak cukup dengan itu, Ronaldo juga mendermakan sejumlah besar kepada Yayasan Make-A-Wish dan Palang Merah, dan dia juga memainkan peranan sebagai duta untuk beberapa badan amal, antaranya seperti Save The Children, Unicef ​​and The World Vision.

Pemenang lima kali Ballon d’Or itu juga pernah memenangi hati umat Islam apabila menolak pertukaran baju dengan pemain Israel selepas perlawanan kelayakan Piala Dunia antara Portugal dan Israel pada tahun 2013.

Ronaldo juga pernah bertemu dengan seorang peminat ciliknya yang terselamat daripada serangan Israel dan menyerahkan kemeja-T istimewa kepadanya. – 20 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.