TERDESAK betul puak-puak Bangsa DAP mahu Dr Maszlee Malik meletak jawatan sebagai Menteri Pendidikan gara-gara mempertahankan isu kuota matrikulasi.

Tambah marah lagi, Maszlee mencuit isu syarat fasih bahasa Mandarin bagi mendapatkan pekerjaan.

Kenapa marah sangat kalau Maszlee mahu pertahan hak orang Melayu dan Bumiputera? Bukankah Ahli Parlimen Simpang Renggam itu juga sekapal dalam Pakatan Harapan.

Lupakah Bangsa DAP bahawa orang Melayu merupakan majoriti dalam negara ini?

Kalau benar pun mereka marah pasal isu bahasa Mandarin, itulah realiti yang sebenar dalam alam pekerjaan di Malaysia. Terima sajalah hakikat.

Sepatutnya mereka mendesak Menteri Perpaduan Waytha Moorthy yang gagal memastikan keharmonian negara ini terjamin.

Setakat ini, apa saja usaha yang dilakukan oleh si pengkhianat yang pernah memalukan Malaysia di negara luar untuk menyatupadukan rakyat?

Jangan fikir rakyat lupa apa yang diucapkan Waytha ini ketika insiden rusuhan kuil di Seafield pada tahun lalu yang mengorbankan anggota bomba, Muhammad Adib Mohd. Kassim.

Mudah saja dia menyalahkan polis kerana lambat bertindak tetapi tidak pula dia salahkan kumpulan perusuh?

Rakyat sudah berulang kali mendesak Waytha untuk meletak jawatan, tapi sehingga kini beliau hanya memekakkan telinga.

Sudah lebih 315,000 tandatangan dikumpulkan dalam petisyen mendesak Waytha meletak jawatan.

Begitu juga dengan Lim Guan Eng. Rakyat juga mendesak Menteri Kewangan itu meletak jawatan kerana menyifatkan kerjasama UMNO-PAS sebagai isyarat perang terhadap bukan Islam.

Bukankah kenyataan menteri Bangsa DAP itu satu kenyataan menghasut dan menakut-nakutkan orang bukan Melayu dan Islam?

Guan Eng bukan baru sehari tinggal di Malaysia. Sepatutnya beliau tahu tentang sensitiviti masyarakat berbilang kaum di negara ini terutamanya hal orang Melayu dan Islam.

Dan sehingga kini, tiada permohonan maaf dibuat oleh Guan Eng terhadap kenyataannya itu dan tanpa rasa bersalah beliau meneruskan tugasnya dalam kerajaan.

Seorang lagi menteri yang paling awal didesak meletak jawatan adalah M. Kula Segaran.

Menteri Sumber Manusia itu pernah mengguris hati rakyat apabila menyifatkan orang Melayu sebagai pendatang.

Permohonan maaf Kula Segaran yang dibuat selepas dikecam teruk ternyata tidak mencukupi untuk meredakan perasaan marah rakyat.

Sebaliknya, rakyat mendesak Kula Segaran meletak jawatan dan bertanggungjawab atas kenyataannya itu.

Juga seperti Waytha dan Guan Eng, tiada tindakan dikenakan ke atas Kula Segaran sehingga ke hari ini walaupun prestasi ketiga-tiga menteri itu lebih banyak meresahkan dan mengganggu hati rakyat.

Menteri terakhir yang patut lepaskan adalah Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kenapa?

Ini kerana beliau sebagai Menteri Dalam Negeri gagal melaksanakan tugas untuk menyiasat atau setidak-tidaknya menegur kenyataan berbaur perkauman yang dikeluarkan oleh ketiga-tiga menteri terbabit.

Pertama, Muhyiddin seolah-olah langsung tidak terasa hati apabila Waytha menyalahkan polis dalam insiden rusuhan Seafield sedangkan agensi penguatkuasa itu di bawah kementerian beliau.

Kedua, Presiden Bersatu itu tidak menyiasat kenyataan Guan Eng di bawah Akta Hasutan kerana menyentuh isu sensiviti orang Melayu dan Islam.

Ketiga, Kula Segaran juga tidak dikenakan sebarang tindakan oleh kementerian Muhyiddin sedangkan beliau melabel Melayu sebagai pendatang di negara ini.

Apakah kuasa Muhyiddin disekat atau beliau takut untuk menegur menteri-menteri dari Bangsa DAP ini?

Dan sebagai Presiden Bersatu, kenapa sehingga hari ini beliau tidak membela Maszlee dalam mempertahankan hak Melayu dan Bumiputera?

Muhyiddin, letaklah jawatan. – 21 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.