BUKAN DAP saja yang hentam Dr Maszlee. MCA pun sama. Bezanya, MCA adalah parti pembangkang. DAP adalah sebahagian daripada parti yang memerintah. Suara membangkang, tak sama seperti suara memerintah.

Suara pembangkang MCA itu ada dua kemungkinan. Satunya mungkin betul-betul serang Dr Maszlee. Keduanya mungkin juga hanya bersifat menyerang DAP dalam saingan bersifat nak tunjuk hero kepada kaum Cina.

Jika andaian pertama – betul-betul menyerang Dr Maszlee, ia adalah diluar amalan biasa MCA. Karena methodologi MCA menuntut hak-hak untuk kaum Cina adalah dengan cara memujuk, berbincang, bermain tarik-tali, berdiplomasi dan seumpamanya. Jarang kita tengok MCA ugut atau maki pemimpin UMNO untuk tuntut hak.

Manakala DAP pula, methodologi menuntut hak untuk orang Cina, adalah dengan cara bersuara lantang, mengkritik, menyerang polisi kerajaan, memaki menteri, mengugut dan sebagainya. Ruang diplomasi hanya diberikan kepada figur yang dilihat boleh berlembik-tengkuk kepada DAP. Jika bertegas, dibodohkan begitu saja.

Andaian kedua – MCA tidak menyerang Dr Maszlee secara hakikat, tetapi titik fokus adalah menyerang DAP. Mesti tak mau kalah kepada DAP. Samalah seperti isu hudud suatu ketika dulu. MCA banyak membuat kenyataan keras kepada hudud adalah disebabkan respon kepada kritikan dan sindiran daripada DAP dalam media-media berbahasa Cina. Malu alah kepada DAP orang kata.

Jadi dalam isu kuota matrikulasi dan syarat bahasa Mandarin dalam isu pekerjaan, kita kritik DAP lebih kerana DAP ada kuasa dalam kerajaan PH. Selaku sebahagian daripada parti pemerintah, DAP ada kuasa mendesak berkali-kali lebih kuat berbanding MCA. Bahkan DAP juga berani mengatakan menteri sebagai bodoh.

Jika nak tengok betul-betul pendirian MCA, cubalah perhebatkan sokongan kepada Dr Maszlee. UMNO, PAS, PPBM, NGO, dan sebagainya bangkit membuat petisyen dengan lebih kuat. Nescaya kita akan lihat serangan MCA akan kendur mungkin berubah menyokong Dr Maszlee pula. Sedangkan DAP tetap tidak akan berubah.

Manakala PAS pula mengambil sikap mempertahan Dr Maszlee daripada terus diserang pemimpin DAP dan caitrupersnya. Mahacai PH yang lain cuba membuat naratif yang DAP tak serang pun Dr Maszlee – konon cybertruper PAS dan UMNO yang lebih-lebih main isu.

Sikap PAS sebenarnya tidak berubah terhadap Dr Maszlee. Yang PAS pertahankan adalah ketegasan Dr Maszlee mempertahan hak Bumiputera. Itu saja. Jika Dr Maszlee buat u-turn, Dr Maszlee pun akan jadi lauk juga.

Dalam minda mahacai, tidak dapat dinafikan mereka berkeyakinan bahawa sokongan PAS terhadap Dr Maszlee adalah tindakan menangguk di air keroh, untuk memecah-belahkan kesepakatan dalamam PH, terutama antara DAP dan PPBM. Benda boleh hasut, buat apa pergi main guli.

DR TANAKA MUSTAFA
Penganalisis politik

*Artikel ini adalah pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya mencerminkan pandangan NTHQiBORD*

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.