DAP hari ini disifatkan bagai kaduk naik junjung. Merujuk kepada beberapa isu semasa khususnya serangan bertali arus terhadap matrikulasi dan isu ugutan terhadap pegawai polis.

“DAP semakin hari semakin menunjukkan belang sebenar mereka. DAP mendesak agar kuota kemasukan Bumiputera ke Matrikulasi KPM dimansuhkan. Adakah DAP ini tidak tahu sejarah asal usul penubuhan Matrikulasi KPM?” Soal Syed Ahmad Fadhli, Pegawai Lajnah Hal Ehwal Parlimen PAS di Parlimen Malaysia.

Syed Ahmad menyatakan bahawa Program Matrikulasi KPM merupakan hasil daripada keputusan Mesyuarat Jemaah Menteri pada 10 Mac 1999.

Ia sebagai program persediaan pelajar Bumiputera lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) untuk melanjutkan pengajian ke peringkat ijazah pertama di universiti awam.

Sememangnya semenjak awal penubuhan Matrikulasi ia adalah khusus untuk Bumiputera.

Bermula sesi tahun 2003/2004, barulah pelajar bukan Bumiputera dapat memasuki matrikulasi, itupun terhad dengan kuota 10 peratus sahaja.

“Jadi, atas asas apa pada 2019 ini DAP mahu mendesak hak sama rata dan sistem kuota ini dimansuhkan?” soalnya lagi Pegawai Penyelidik di Pusat Penyelidikan PAS.

Bagi beliau, bukankah tindakan ini secara terang lagi nyata menzahirkan pendirian DAP yang sememangnya mahu mengganggu-gugat kedudukan dan hak Istimewa orang Melayu dan Bumiputera?

Pemimpin DAP mengugut Polis! Ketua Polis Daerah Jerantut telah diugut oleh Pengerusi DAP Jerantut Loo Why Leong.

Pemimpin DAP ini menghalang Polis daripada menahan setiausaha bahagian DAP yang dituduh menjual rokok dan minuman keras tidak bercukai.

“Wah, hebat bukan DAP sekarang? Hakikat yang tidak dapat dinafikan lagi ialah DAP merupakan ‘Big Bos’ yang berkuasa besar dalam Kerajaan PH.”

“Tatkala Menteri Pendidikan, Dr Maszlee teruk diserang oleh DAP, di mana suara pembelaan daripada rakan parti PKR dan PAN? Sunyi-sepi.” Katanya.

Syed Ahmad turut mengingat orang Melayu bahawa, adakah dengan wayang dua beranak Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng berbuka puasa dengan makan setalam bersama orang Islam itu sudah cukup membuktikan DAP amatlah cinta dan sayang kepada Islam dan Melayu? – 21 Mei 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.