KALANGAN penjawat awam kerajaan negeri Perak melahirkan rasa tidak puas hati terhadap seorang pegawai khas kepada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) dari parti Amanah.

Pegawai ini dilihat semakin ‘besar kepala’ sehinggakan membolot semua projek kerajaan di daerah Manjong.

Menurut sumber, memaklumkan bahawa pegawai khas ini juga adalah pegawai lantikan politik yang dilantik sendiri oleh ADUN tersebut.

Berbalik kepada pegawai khas ‘besar kepala’ ini, dia dikatakan bertindak sebagai orang tengah untuk mana-mana projek di daerah berkenaan. Maknanya kalau mahukan projek kena melalui dia dahulu.

“Kalau hendakkan projek, kena bagi lesen kepada dia..kemudian akan bawa ( untuk diluluskan ).

“Seolah-oleh semua tender dia hendak bolot,” kata sumber berkenaan.

Malah sampai satu tahap, dia juga pernah mengugut untuk membuang kerja beberapa pegawai daerah yang membuat tender terbuka tanpa pengetahuan dia.

Tindakan pegawai khas ini diibaratkan macam bagai kera mendapat bunga. Mana tidaknya sudah dapat kuasa habis dibolotnya untuk kepentingan poket sendiri dan bosnya.

Pegawai kerajaan di Manjong sendiri mengadu berkenaan perkara ini. Mereka mengatakan, pegawai khas ADUN ini menganggu kerja mereka kerana seolah-oleh dia adalah orang penting untuk tentukan pihak mana yang berhak dapat projek.

Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) baru-baru ini melalui presidennya sendiri mengakui bahawa pegawai lantikan politik ini sememangnya menganggu kerja-kerja pegawai kerajaan.

Malah Cuepacs sendiri menerima aduan daripada penjawat awam bahawa mereka terganggu kerana adanya campur tangan politik berkenaan projek kerajaan.

“Ada individu yang dilantik dalam kalangan ahli politik campur urusan perkhidmatan awam.

“Harapan saya supaya gangguan-gangguan daripada saf kepimpinan politik ini tidak mengganggu dan mengambil alih tugas penjawat awam serta tidak menggagalkan usaha kerajaan,” katanya yang enggan mendedahkan jumlah aduan yang diterima. – NTHQiBord, 21 Mei 2019.

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.