PIHAK tentera Algeria telah memberi amaran terhadap penunjuk perasaan untuk menangguhkan pemilihan presiden, yang dianggap cara terbaik menyelesaikan krisis politik negara itu.

Pengumuman dibuat oleh Leftenan Jeneral Ahmed Gaid Salah pada hari Isnin (waktu tempatan) beberapa hari selepas puluhan ribu penunjuk perasaan memenuhi jalan raya di bandar-bandar di seluruh negara sambil mengecam pelan cadangan tentera.

Para penunjuk perasaan mendesak dibentuk suatu badan bebas bagi memastikan pilihan raya bebas dan adil.

“Menangguhkan pilihan raya presiden boleh mengelak Algeria daripada terjebak dalam pembatalan perlembagaan dan bahaya yang mungkin menyusul,” kata Gaid Salah dalam ucapannya.

Selepas hampir dua dekad berkuasa, Presiden Abdelaziz Bouteflika melepaskan kuasa pada 2 April lalu, di tengah-tengah gelombang protes besar-besaran di seluruh negara yang dicetuskan oleh keputusannya pada Februari untuk kekal bagi penggal kelima berturut-turut.

Sejak pengumuman itu protes dilakukan setiap minggu di negara Afrika Utara, yang merupakan pengeluar minyak dan gas utama. Penunjuk perasaan menolak hasrat Bouteflika dan mahu perubahan menyeluruh dalam sistem politik Algeria.

Penunjuk perasaan mahu jawatankuasa pemilihan bebas ditubuhkan untuk mengkaji semula perlembagaan dan membenarkan pemilihan bebas dan adil.

Dalam ucapannya pada hari Isnin, Gaid Salah seolah-olah menolak tuntutan itu, menggambarkan penunjuk perasaan sebagai “tiada hala tuju dan tidak munasabah”.

Pilihan raya Presiden dijadualkan pada 4 Julai ini. – 21 Mei 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.