BULAN Ramadan kali ini menyaksikan banyak bazar-bazar Ramadan seperti ‘diganggu’ oleh kerajaan terutama DAP yang sememangnya dari dahulu lagi tidak senang dengan orang Melayu.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) didakwa dikuasi oleh DAP yang sewenang-wenangnya bertindak mengarahkan pemindahan tapak berniaga dalam kalangan peniaga Melayu.

Lihat sendiri apa yang berlaku pada peniaga-peniaga di Jalan Tunku Abduk Rahman (TAR) yang saban tahun berniaga di situ tetapi dipaksa berpindah ke Jalan Raja di Dataran Merdeka.

Sebelum ini Jalan TAR sememangnya adalah syurga membeli belah apabila tibanya bulan Ramadhan, tapi kini tidak lagi. Sambutan di sana tidak semeriah seperti tahun sebelumnya.

Bukan sahaja Jalan TAR, malah beberapa lagi bazar yang lain turut diusik antaranya Uptown Damansara dan Uptown Danau Kota.

Terbaharu, peniaga di Desa Pandan pula dikatakan ada perbalahan dengan pihak DBKL.

Lebih 80 peniaga Bazar Ramadan Desa Pandan mengadu mengalami kerugian teruk berikutan lokasi yang baharu disediakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) kurang dikunjungi pelanggan, sejak hari pertama beroperasi.

Daripada jumlah itu, kira-kira 50 peniaga terpaksa menutup perniagaan mereka kerana lokasi bazar berkenaan didakwa tidak strategik berbanding lokasi lama.

Persoalannya, adakah DBKL dipengaruhi campur tangan pihak luar terutamanya DAP dalam menggangu perniagaan orang Melayu?

Walaupun Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad telah menafikan campur tangan DAP mengenai ini namun adakah penafiannya itu dapat menyelesaikan kemelut yang dihadapi peniaga Melayu?

Nampak seperti wujudnya campur tangan pihak lain dalam pihak berkuasa tempatan memandangkan tapak peniagaan bangsa lain tidak pula diganggu.

Pergi tengok sendiri bagaimana orang Cina, India dengan senang hati berniaga di Petaling Street dan Brickfield. Sampaikan macam-macam hiasan ada, tidak pula diusik ?

Memang ada sesuatu yang dilakukan oleh pihak kepentingan, sampaikan orang Melayu seolah-olah dilihat macam pendatang.

Cuba anda bayangkan hendak mencari punca pendapatan melalui berniaga pun dianaktirikan.

Sedangkan pada bulan Ramadhan inilah peluang mereka ini untuk meraih pendapatan berganda, tapi dinafikan sendiri oleh pihak berkuasa tempatan.

Tapi sampai bila perkara ini hendak berlaku ? – NTHQiBord, 21 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.