SUDAH lebih tiga bulan sejak tersebarnya satu rakaman audio mirip suara peguam liberal, Siti Kassim yang mendedahkan perancangan bersama Peguam Negara Tommy Thomas untuk mempergunakan kes Orang Asli.

Dalam rakaman itu juga, suara perempuan itu juga memaki Menteri Besar Perak yang didakwa tidak akan membantu Orang Asli.

“Memang kamu punya menteri ini memang celaka. Dia bekas UMNO, kamu faham?

“Dia takkan tolong Orang Asli. Dia memang UMNO. Sekepala dengan PAS.

“Tu sebab dia cakap bodoh-bodoh. Sekarang kamu kena faham. Dia Pakatan Harapan. Ada banyak ******* dalam Pakatan Harapan, faham?” kata suara itu yang dipercayai milik Siti Kassim.

Rakaman suara itu dipercayai didedahkan oleh Pengerusi Pertubuhan Pelindung Khazanah Alam Malaysia (PEKA), Puan Seri Sharifa Sabrina Syed Akil menerusi laman Facebooknya pada Februari lalu.

Carian NTHQiBord pada garis masa Facebook beliau gagal menemukan rakaman yang dimuatnaik, tetapi rakaman audio itu sudah tersebar dalam laman YouTube.

Desakan yang pernah disuarakan oleh aktivis Concerned Lawyers for Justice (CLJ), Aidil Khalid agar Suruhanjaya Diraja ditubuhkan, masih tidak bersahut, malahan diketepikan begitu saja.

Kes audio ‘Siti Kassim’ ini tak jauh beza dengan kes audio Nik Abduh Nik Aziz yang didakwa mengakui menerima wang daripada UMNO.

Dalam kes Nik Abduh, kisah wang RM90 juta yang diderma UMNO dicanang-canang hampir setiap hari oleh setiap media pro-DAP.

Malangnya bagi kes audio ‘Siti Kassim’ ini, tiada siapa yang berminat untuk ambil tahu seolah-olah perancangan atau perbuatannya yang dilakukannya adalah suci dan tidak menyalahi undang-undang.

Jika benar suara itu milik Siti Kassim, ia melibatkan soal keyakinan dan kepercayaan rakyat terhadap integriti Tommy untuk menjadi Peguam Negara, dan tidak sesuka hati mengikut telunjuk orang lain.

Perlu diingatkan bahawa Siti Kasim adalah peguam swasta, manakala Tommy adalah Peguam Negara. Urusan Peguam Negara adalah urusan rasmi, yang tidak seharusnya dibincangkan dengan mana-mana pihak luar.

Ketika ini, rakyat semakin ragu terhadap kredibiliti Tommy sebagai Peguam Negara ekoran keputusan beliau menggugurkan beberapa kes besar seperti kes pembunuhan Kim Jong-nam, kes pembunuhan aman di Pulau Pinang dan pembebasan ahli-ahli kongsi gelap.

Begitu juga dengan kes banglo yang melibatkan Menteri Kewangan Lim Guan Eng. Tommy menggugurkan kes tersebut begitu sahaja.

Jangan dilupakan juga Tommy juga keputusan untuk tidak mendakwa Siti Kasim atas insiden menunjukkan isyarat lucah di tempat umum.

Adakah kerana mereka berdua menari ‘twist’ bersama di atas pentas dan berswafoto bersama menyebabkan ada hubungan yang berkepentingan sesama mereka dalam menjalankan agenda tersembunyi?

Apa yang didedahkan ini, jika benar, adalah salah laku serius di pihak Tommy sebagai Peguam Negara kerana ia adalah dakwaan bahawa pentadbiran undang-undang negara kini ditunggang oleh pihak luar.

Itu belum kira lagi kata makian yang dilemparkan terhadap Menteri Besar Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu. Adakah ‘Siti Kassim’ ini boleh terlepas sekali lagi dengan bantuan sekutunya di Jabatan Peguam Negara?

Jika ini dibiarkan berterusan, tiada sebab untuk rakyat mempercayai sistem keadilan negara yang kononnya lebih telus dan adil di bawah Malaysia Baharu.

Inilah undang-undang rimba! – 21 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.