FAKTA ini adalah hasil nukilan bekas ‘orang dalam’ DAP. Berikut adalah 10 sebab yang dinyatakan.

1. HAPUS KUASA POLITIK MELAYU

“Ambil nyawa dia, ketika dia sakit’ – itulah 6 perkataan DAP untuk ranapkan UMNO, maknanya hancurkan institusi politik yang paling ramai orang Melayu dan kemudian hancurkan pula PAS.

Apabila DAP mahu hapuskan 2 parti terbesar orang Melayu, maknanya mereka mahu hapuskan kuasa politik orang Melayu, sekaligus menjadikan DAP musuh Melayu Islam di negara ini yang mahu bangsa dan agama mereka dipertahankan.

Lagipun, sebelum ini, DAP secara terang-terangan menyatakan pendiriannya bahawa kerjasama UMNO, PAS sebagai ancaman terhadap bukan Islam dan seperti Taliban.

2. MELAYU JADI BONEKA

Selepas 2008, DAP tidak mengiktiraf peranan Melayu dalam pimpinan tertinggi parti itu dan Melayu sekadar diletakkan untuk memberi gambaran ianya parti berbilang kaum.

Untuk pengetahuan semua, Tengku Zulpuri adalah satu-satunya pimpinan yang diletakkan dalam CEC – JK tertinggi DAP dan hanya sekadar kosmetik semata-mata, sampai Tengku terpaksa mengadu kepada saya hanya seperti pasu bunga dalam CEC DAP.

3. ICERD IMPIAN DAP

DAP mahu iktiraf ICERD, tak peduli perasaan jutaan Melayu Islam yang bantah ICERD. Dua ADUN DAP juga menggunakan deklarasi syok sendiri – Deklarasi Setapak kononnya mahu Malaysia tidak mengasingkan masyarakat dengan label ‘bumiputera’ dan ‘bukan bumiputera’.

Tapi yang peliknya, mereka juga tak mahu hapuskan SJKC dan SJKT yang menjejaskan perpaduan kaum di negara ini. Kalau jujur, ikhlas nak lahirkan bangsa Malaysia, perlukah kita ada SJKC, SJKT?

4. MAHU BOLOT EKONOMI, PENDIDIKAN

DAP sebenarnya dipenuhi dengan pimpinan muda dan tua yang rasis, caunivis, anti Melayu dan anti Islam. DAP mahu segala-galanya untuk bangsa DAP semata-mata, baik dari segi pendidikan mahupun ekonomi.

Apa mereka mahu adalah semua untuk satu bangsa – UEC, hapuskan matrikulasi sambil banyakkan, kayakan SJKC dan SJKT. Ekonomi mereka dah kawal, sekolah dan pendidikan tinggi pula sasaran mereka.

5. AGENDA STATUT ROM

DAP mahu ratifikasi Statut Rom walaupun tahu orang Melayu termasuk Sultan dan Raja-raja Melayu menolaknya. Bukan sahaja tak hormat atau jaga hati orang Melayu, MP DAP juga sifatkan mereka yang menolak Statut Rom ini sebagai “bodoh, bangang dan selfish (pentingkan diri sendiri)”.

DAP tujukan 3 perkataan menghina itu pada orang Melayu atau pada PM Melayu yang ada sekarang, yang saya tahu DAP memang tak pernah suka.

6. ANGKAT KOMUNIS

DAP angkat cucu pengkhianat komunis sebagai YB di kerusi DUN yang gerenti menang tetapi letakkan Melayu bukan keturunan komunis seperti Rara dan Tengku Zulpuri di kerusi yang tidak selamat.

DUN Ketari dan Parlimen Raub memang bukan kerusi selamat, yang mampu dimenangi oleh DAP kalau bukan kerana tsunami Melayu pada PRU14. Pernah Rara mengadu pada saya – “Aku letak kat Ketari, kerusi DUN yang tak selamat tapi cucu komunis letak di DUN yang confirm menang.”

7. PARTI RACIST

Anak bekas pemimpin DAP di kalangan bangsa India dan Cina dapat kerusi yang sangat selamat, anak bekas pemimpin Melayu seorang pun tak dapat apa-apa.

Lebih dari itu, 7 ahli Dewan Negara DAP bukan Melayu bukan Islam, 41 daripada 42 MP DAP adalah bukan Melayu bukan Islam, 103 daripada 109 ADUN DAP bukan Melayu bukan Islam, semua 2 Speaker DUN DAP dan 2 Timbalan Speaker DUN DAP bukan Melayu bukan Islam dan semua 6 menteri dan 6 daripada 7 timbalan menteri DAP bukan Melayu bukan Islam.

Masih tak nampak juga kah? DAP bukan parti berbilang kaum tapi parti bangsa apa?

8. ANTI RAJA

Raja-raja Melayu bukan sekadar simbol kepada perpaduan masyarakat Malaysia malah lambang jati diri orang Melayu dan institusi beraja penyambung peradaban Melayu.

Jadi, bahagian mana dalam prinsip kedua Rukun Negara – Kesetiaan kepada Raja dan negara – yang DAP ambil pakai apabila sombong, angkuh lagi kurang ajar untuk bertegas tidak akan terima sebarang darjah kebesaran kurniaan dari istana.

Tak nak terima kebesaran raja samalah seperti tak hormat kesultanan Melayu.

9. DENGKI DENGAN PENDAKWAH

Pemimpin DAP pernah menggelar pendakwah terkenal antarabangsa, Dr. Zakir Naik sebagai ‘setan’. Menteri DAP M Kulasegaran yang cukup rasis, pernah kata Melayu golongan pendatang di negara ini atas kebodohan beliau pula mahu Zakir dihalau dari negara ini.

Tidakkah tindakan DAP ini mencerminkan betapa dengki dan sakit hatinya DAP dalam melihat seorang pendakwah hebat Islam memilih Malaysia kerana majoriti penduduk negara ini beragama Islam?

10. ANTI ISLAM

Terbaru, seorang mufti dari utara tanahair yang dahulunya nampak semacam sokong PH berkata dengan tegas bahawa Islam dibuli, tidak selamat di bawah kerajaan Pakatan Harapan dan beliau secara jelas menyebut – DAP penyebab PH dilihat gagal menjaga kesucian agama Islam kerana DAP gagal menahan diri dari mengeluarkan kenyataan anti Melayu, anti Islam dari hati perut mereka.

AMRAN AHMAD NOR,
Timbalan Pengerusi Gagasan Tiga (G3).

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.