SEORANG lelaki berbangsa Cina dikritik hebat netizen berkenaan tindakannya yang sengaja membawa anjing peliharaan ke bahagian lobi sebuah kondominium di Sungai Besi.

Malah dia juga turut memaki hamun pengawal keselamatan yang menegur perbuatannya itu. Sebuah video berdurasi 2 minit 49 saat itu menunjukkan dia duduk di atas sofa sambil ditemani anjingnya dan dilihat melakukan sesuatu.

Perkara itu didedahkan oleh seorang pengguna Facebook, Eiz Hafeiz yang juga merupakan penghuni kondominium berkenaan.

Katanya tindakan pemilik anjing berkenaan seolah-olah seperti orang yang tidak mempunyai akal kerana memaki hamun pengawal keselamatan yang menjalankan tugasnya.

“Cara dia bercakap dengan pengawal yang cuba menghalang perbuatannya itu adalah sangat biadab dan tidak bertamadun.

“Perbuatannya bukan sahaja dikecam penduduk Islam di kondominium tersebut tapi turut dikutuk penduduk bukan Islam lain,” tulisnya.

Sebagai seorang warganegara, sepatutnya pihak berkenaan menghormati sensitiviti penganut yang beragama Islam dan individu lain yang berkemungkinan mempunyai alahan atau fobia terhadap haiwan berkenaan.

Bagaimanapun, tidak pelik perkara ini terjadi memandangkan ini bukanlah kali pertama.

Sebelum ini viral seorang wanita membawa anjingnya dan meletakkan di dalam troli, sehinggakan pihak pengurusan pusat membeli belah berkenaan terpaksa mencuci ke semua troli yang ada.

Tidakkah tindakan yang mementingkan diri sendiri ini menyusahkan orang lain ?

Jangan disebabkan merasakan diri ini makin ‘berkuasa’ di era Malaysia Baharu ini, tindak tanduk hanya mahu cetuskan provokasi.

Mereka ini bukan baru sahaja tinggal di negara ini malah dilihat sengaja mempermain dan mencabar orang Islam.

Larangan membela binatang di kawasan perumahan strata seperti pangsapuri dan kondominium sepatutnya mereka ketahui.

Apatah lagi dengan membawa haiwan seperti anjing berjalan di sekitar lobi, diibarat menyimbah minyak ke api. – NTHQiBord, 22 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.