BUKAN orang Melayu sahaja yang terkesan dengan polisi syarikat-syarikat milik Cina yang lebih memilih pekerja fasih berbahasa Mandarin.

Masyarakat India juga sebenarnya berkecil hati dengan polisi yang disifatkan berbaur perkauman itu apabila mereka mahu mendapatkan pekerjaan di syarikat Cina.

Hal itu diluahkan sendiri oleh seorang pengguna Twitter, Vivek V yang membidas orang Cina yang kononnya melaungkan soal hak sama rata di Malaysia.

Sebaliknya, Vivek menyifatkan masyarakat Cina sebagai hipokrit kerana mengutamakan bangsa sendiri dalam pengambilan pekerja yang fasih berbahasa Mandarin.

“Anda menjerit dan melaungkan tentang hak sama rata di Malaysia.

“Tetapi apabila berkumpul makan tengah hari, anda bercakap dalam bahasa yang bangsa lain tidak faham.

“Malah dalam sektor swasta, anda memilih pekerja yang fasih berbahasa Mandarin walaupun 75% rakyat di negara itu tidak bercakap bahasa itu. Hipokrit,” tulisnya.

Ciapan Vivek itu ditulis pada 22 Mei lalu dan dibalas semula sebanyak 11,600 kali dan disukai 8,679 pengguna lain setakat pukul 8 pagi 23 Mei.

Berdasarkan keterangan pada Twitter miliknya, Vivek merupakan seorang peguam dan berbangsa India.

Rasa tidak puas hati Vivek itu dipercayai menyokong kenyataan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik baru-baru ini yang mempertikaikan syarat fasih bahasa Mandarin oleh majikan Cina.

DAP, MCA dan Gerakan mendesak Maszlee untuk memohon maaf kerana mengeluarkan kenyataan yang disifatkan sebagai berbaur perkauman.

Maszlee mengeluarkan kenyataan itu bagi mempertahankan isu kuota matrikulasi yang dibangkitkan oleh Bangsa DAP dan sekutunya. – NTHQiBord, 23 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.