PAKATAN HARAPAN (PH) nampaknya sudah melupakan golongan peneroka Felda yang dahulunya sebelum pilihan raya umum dijanjikan bulan dan bintang.

Antara janji paling popular adalah mahu hapus hutang peneroka katanya tapi sekarang hendak bagi bantuan duit raya kepada mereka pun tidak mampu.

Sambutan Aidilfitri lagi dua minggu tapi bila disoal tentang bonus raya bagi peneroka Felda, kata kerajaan DAP-PH setakat ini belum ada lagi keputusan berkenaan ini.

“Saya tidak mahu berikan sebarang janji (beri duit raya kepada peneroka Felda) kerana untuk dapatkan RM6.23 bilion pun perkara yang amat besar bagi kerajaan susulan kedudukan kewangan negara,” kata Menteri Hal Ehwal Ekonomi,  Datuk Seri Mohamed  Azmin Ali.

Penganalisis Kewangan, Najib Saahari.

Beliau merujuk kepada pelan pemulihan Felda yang menjadi keutamaan berbanding memberi bantuan kewangan dan kebendaan.

Kerajaan PH masih lagi memberi jawapan yang tidak masul akal dengan alasan tidak mampu kerana negara menanggung bebanan hutang yang tinggi.

Namun hakikatnya alasan yang diberikan itu tidak relevan kerana bantuan raya yang diterima peneroka adalah daripada FGV Holdings Berhad (FGV) dan bukan daripada kerajaan.

Menurut penganalisis kewangan, Najib Saahari, sejak PH menjadi kerajaan, FGV mengalami kerugian yang besar.

Hal ini katanya berkait rapat dengan prestasi kerajaan sekarang ini yang tidak mempunyai hubungan baik dengan negara Cina dan India yang selama ini menjadi pengimport kelapa sawit terbesar negara.

Disebabkan hubungan yang tidak baik dengan kedua-dua negara ini, ianya memberi kesan kepada kejatuhan harga sawit, ujarnya.

“Harga sawit rendah sebab kerajaan cari gaduh dengan Cina dan ada masalah India.

“Sebab mereka ini adalah pengimport kita yang utama , bila kerajaan buat hal dengan mereka dua-dua ini (mereka) tidak hendak ambil sawit daripada kita,” katanya ketika dihubungi NTHQiBord, baru-baru ini.

Tambahnya keadaan ini memberi kesan kepada keuntungan FGV dan ianya adalah antara sebab kerajaan tidak mampu memberi bantuan duit raya kepada peneroka.

Najib turut membidas bahawa dakwaan hutang kerajaan adalah sebab tidak mampu memberi duit raya adalah tidak berkait dengan FGV.

“Kalau mereka nk cakap pasal hutang pada saya ini adalah mengarut..sebab tidak ada kena mengena pun hutang kerajaan dgn FGV,” katanya.

Sementara itu, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga mempersoal keputusan kerajaan untuk tidak memberi bonus kepada peneroka Felda.

Katanya kerajaan sengaja tidak mahu memberi bantuan kepada peneroka sedangkan mampu untuk merancang dan melaksanakan kereta nasional ketiga serta membeli 50 pesawat latihan tempur yang berjumlah RM36 bilion.

Beliau turut membandingkan bahawa sepanjang menjadi perdana menteri kos memberi bantuan raya kepada peneroka hanya RM51 juta berbanding dengan perbelanjaan kerajaan PH.

“Ada duit untuk buat kereta nasional ketiga. Ada duit untuk buat kereta terbang. Ada duit untuk beli 50 training fighter jets bernilai RM36 bilion.

“Tapi tak ada RM51 juta untuk memberi sedikit bantuan raya kepada keluarga peneroka Felda pada ketika bayaran bantuan sara hidup bulanan mereka sudah lambat dan harga sawit masih rendah?,” katanya. – NTHQiBord, 23 Mei 2019.

 

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.