Pembayaran zakat fitrah bagi tahun 1440H/2019M di Perak ditetapkan pada tiga pilihan harga iaitu RM7, RM14, RM21.

RINGGIT terus susut berbanding dolar AS pada pembukaan hari ini berikutan mata wang Amerika Syarikat (AS) itu kekal kukuh dengan ketidaktentuan yang berterusan berhubung konflik perdagangan AS-Sino.

Pada pukul 9 pagi, ringgit berada pada 4.1900/1930 berbanding dolar AS daripada 4.1845/1875 semasa ditutup pada Selasa.

Ringgit dijangka terus lemah walaupun risiko penurunan boleh dihadkan berikutan mata wang tersebut berada pada kedudukan terlebih jual.

Sementara itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama kecuali pound British.

Unit tempatan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0358/0384 daripada 3.0355/0386 semasa ditutup pada Selasa lepas dan merosot berbanding euro kepada 4.6723/6765 daripada 4.6653/6699.

Ia susut berbanding yen Jepun kepada 3.8032/8070 daripada 3.7972/8006, bagaimanapun naik berbanding pound British kepada 5.3004/3058 daripada 5.3118/3165 pada Selasa lepas.

Pasaran ditutup pada Rabu sempena cuti Nuzul Al-Quran. – 23 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.