NOTHING To Hide (NTH) Media akan menyediakan studio sebagai platform berkecuali bagi siaran langsung perdebatan antara Datuk Seri Najib Razak dan Lim Kit Siang.

NTH Media yang terkenal dengan program bual bicara Nothing To Hide Talk Show berkonsepkan Berani, Benar, Bebas, berkelayakan menjadi platform debat kedua-dua pemimpin itu kerana tidak berpihak pada mana-mana parti politik.

NTH Media akan menyediakan pentas yang berkecuali dalam memastikan program debat yang bakal menjadi tumpuan rakyat supaya dengan lancar.

Selain itu, NTH Media juga akan menawarkan segala bentuk kemudahan lain termasuk keselamatan dan moderator bagi memberi peluang kepada dua ikon pemimpin ini berdebat di atas pentas terbuka mengemukakan fakta kepada rakyat dan para pemerhati.

Sehubungan itu, NTH Media sudah menyiapkan surat jemputan untuk dihantar kepada kedua-dua pemimpin itu selewat-lewatnya esok.

Baru-baru ini, bekas perdana menteri, Najib mencabar Kit Siang berdebat secara terbuka dan disiarkan secara langsung selepas mereka saling bertelagah dalam media sosial.

Kit Siang kemudiannya memberi tajuk “Bagaimana Malaysia menjadi kleptokrasi global dan bagaimana kita dapat menjadi contoh negara berintegriti’ dan Najib bersetuju.

Perdebatan itu dijangka berlangsung selepas sambutan Aidilfitri dan NTH Media akan menunggu jawapan kedua-dua pihak untuk menetapkan tarikh dan masa perdebatan selepas mereka menerima surat jemputan. – NTHQiBord, 23 Mei 2019.

1 COMMENT

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.