Monday, October 18, 2021
Home Uncategorized Palestin sah tidak sertai persidangan anjuran AS

Palestin sah tidak sertai persidangan anjuran AS

0

PALESTIN mengumumkan bahawa mereka tidak akan menghadiri persidangan keamanan yang bakal dianjurkan Amerika Syarikat (AS) di Bahrain.

Persidangan itu dijadual berlangsung pada bulan depan.

Menerusi kenyataan laman web Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO), kepimpinan Palestin tidak akan menghadiri mesyuarat di Manama itu.

“Ini merupakan pendirian kolektif Palestin dari Presiden Mahmud Abbad dan Jawatankuasa Eksekutif PLO kepada semua pergerakan politik, sektor swasta dan masyarakat awam,” memetik kenyataan itu.

White House sebelum ini mengumumkan bahawa mereka akan menjadi penganjur bersama persidangan itu memfokuskan aspek ekonomi dalam pelan keamanan Israel-Palestin oleh Presiden Donald Trump pada 25 dan 26 Jun nanti. – 23 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.