PEMBERIAN biasiswa oleh 11 universiti swasta dan satu universiti awam kepada 140 pelajar Palestin adalah salah satu sumbangan Malaysia dalam arena antarabangsa.

Majlis penyerahan itu berlangsung di Dewan Seri Endon, Puspanitapuri, Putrajaya Pada 22 Mei lalu yang disempurnakan oleh Tun Mahathir Mohamad.

Namun, pemberian itu dipersoal oleh Bangsa DAP.

Sikap DAP itu ditempelak oleh PAS dan beranggapan parti itu tidak perlu meroyan kerana ia adalah sumbangan lazim yang diberikan atas dasar bantuan kemanusiaan dan ia tidak wajar dipolitikkan sama sekali.

“PARTI Islam Se-Malaysia (PAS) menempelak sikap gopoh pemimpin DAP yang mempertikai pemberian biasiswa kepada 140 pelajar Palestin (RM11.47 juta) yang layak untuk melanjutkan pengajian ke universiti di Malaysia.”

“DAP tidak perlu mempersoalkan pemberian biasiswa tersebut kerana ia dikatakan tidak menggunakan dana kerajaan,” kata Nasrudin Hassan

Ketua Penerangan PAS Pusat dalam suatu kenyataan media.

Pada masa yang sama DAP seharusnya memberi penjelasan dari mana sumber peruntukkan yang diambil untuk memberi jutaan ringgit kepada kolej persendirian swasta Cina seperti Kolej Universiti New Era dan Kolej Universiti Selatan? Adakah ia diperuntukkan dalam Bajet 2019?

PAS tetap bersetuju walaupun ia menggunakan sebahagian kecil dana dan geran daripada kerajaan bukan dana universiti sendiri untuk diberikan kepada pelajar Palestin yang layak atas dasar bantuan kemanusiaan.

Antara universiti yang menawarkan biasiswa termasuklah Albukhary International University (RM3.5 juta), Multimedia University (RM1 juta) dan Universiti Utara Malaysia (RM128,000).

Inilah sikap sebenar DAP yang semakin hari semakin jelas. Adalah diharapkan rakyat Islam dan Melayu membuka mata dan hati masing-masing dan tidak tertipu lagi. – NTHQIBORD 24 Mei 2019

1 COMMENT

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.