SEJAK menjadi kerajaan Bangsa DAP semakin berani melakukan pelbagai helah dan cara keji untuk memberi tekanan terhadap orang Melayu yang cuba membongkarkan agenda sulit mereka.

Cara paling mudah, Bangsa DAP akan mengenakan tindakan undang-undang terhadap mana-mana individu atau pihak yang cuba menggugat kedudukan mereka dalam kerajaan Pakatan Harapan.

Itulah yang menimpa Dato’ Azwanddin Hamzah apabila Presiden Jaringan Melayu Malaysia (JMM) tersebut menghadapi tiga sebutan kes di tiga mahkamah berbeza dalam tempoh sehari!

Sebagai rekod, Azwanddin terlibat dalam tiga kes saman melibatkan dua pemimpin DAP iaitu Liew Chin Tong dan Teresa Kok manakala satu lagi kes dikemukakan oleh P. Waytha Moorthy.

Satu lagi kes melibatkan tuduhan melakukan ugutan jenayah dan mengaibkan seseorang, hujung tahun lalu.

Waytha mengemukan saman susulan ucapan Azwanddin di Dataran Seni Klang, tahun lalu, yang mengaitkan menteri perpaduan itu sebagai punca insiden rusuhan di kuil Sri Maha Mariamman, Seafield, USJ 25, Subang Jaya, November tahun lalu.

Liew Chin Tong memfailkan saman sivil susulan dua artikel yang dimuat naik ke laman Facebook milik Azwanddin serta laman web JMM berhubung tindakan Chin Tong memakai seragam ala komunis di depan anggota tentera Melayu.

Manakala satu artikel yang dimuat naik di laman web JMM pada 19 November lalu mengatakan Liew ialah ancaman kepada Kementerian Pertahanan kerana hubungan baiknya dengan Singapura.

Bagi kes saman Teresa Kok, Azwanddin didakwa kerana mengaitkan menteri DAP dalam pertikaian tanah melibatkan kuil Sri Maha Mariamman sehingga mencetuskan rusuhan.

Persoalannya, kenapa kerajaan Bangsa DAP sengaja menjalankan sebutan tiga kes ini di tiga mahkamah berbeza pada hari yang sama?

Adakah ini cara untuk menyusahkan Azwanddin atau mahu melemahkan semangatnya agar tidak lagi mengusik agenda Bangsa DAP?

Hal yang berlaku hari ini seolah-olah dirancang awal oleh pihak berkepentingan dalam kes tersebut seolah-olah mereka mahu memberi tekanan kepada Azwanddin dan memberi amaran kepada pihak lain agar tidak mencari masalah dengan mereka.

Inilah realiti sikap sebenar Bangsa DAP yang tidak senang jika ada pihak seperti Azwanddin mahu membongkar agenda sulit mereka.

Mereka tahu jika pejuang kebenaran seperti Azwanddin dibiarkan bersuara, kedudukan mereka dalam kerajaan pastinya akan tergugat.

Jadi cara yang paling berkesan adalah mereka mengenakan tekanan undang-undang agar suara-suara yang membongkar keburukan mereka dapat disenyapkan. – NTHQiBord, 24 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.