JIKA semalam, Lim Kit Siang bagi alasan mengelak debat dengan Datuk Seri Najib Razak kerana mendapat nasihat menggunung dari rakyat Malaysia.

Tapi apa pula alasan anaknya, Lim Guan Eng membuat hutang negara tinggi menggunung dalam tempoh yang singkat?

Seperti yang disuarakan Najib dalam Facebooknya hari ini, Menteri Kewangan itu meminjam lagi RM4 bilion semalam menjadikan jumlah pinjaman untuk bulan ini sebanyak RM8 bilion.

Mengikut data rasmi Bank Negara Malaysia (BNM), kerajaan Pakatan Harapan sudah meminjam RM62 bilion (RM55 bilion sukuk kerajaan dan RM7 bilion bon Samurai) dan bayar balik RM17.7 bilion untuk tahun 2019 setakat bulan Mei.

Jadi berdasarkan angka rasmi, hutang Malaysia kini mencecah RM785.4 bilion, lebih tinggi berbanding RM686 pada akhir 2017 di bawah Barisan Nasional.

Lebih membimbangkan, kerajaan PH menambah angka hutang dalam tempoh yang singkat dan jika Guan Eng meminjam lagi RM14.6 bilion, hutang Malaysia akan cecah RM800 bilion.

Jadi kenapa Guan Eng berbohong hutang negara menurun sedangkan BNM menunjukkan sebaliknya?

Malah pegawai khas Guan Eng, Tony Pua pada minggu lepas berkata tindakan kerajaan PH tambah hutang berbilion-bilion setiap bulan adalah perkara normal.

Jadi kenyataan Tony Pua itu menjelaskan bahawa hutang Malaysia sebenarnya sedang bertambah, bukannya menurun seperti yang ‘dibohongi’ Guan Eng?

Jadi siapa yang betul sebenarnya dalam soal hutang negara? Bertambah atau berkurang?

Benarlah kata Najib, kerajaan PH memang tak tahu nak buat ‘WhatsApp group’ untuk berbincang. – 24 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.