Akta Hasutan asalnya dibuat oleh British dalam tahun 1948 apabila Persekutuan Tanah Melayu ditubuhkan. Tujuan British pada masa itu untuk mengekang penentangan terhadap British.

Namun, peristiwa 13 Mei 1969 menyebabkan kerajaan pimpinan Tun Abdul Razak pada ketika itu terpaksa meminda akta tersebut demi memastikan peritiwa yang sama tidak  berulang lagi.

Antara seksyen yang dipinda ialah seksyen 3(1)(f). Seksyen itu dimasukkan melalui Emergency (Essential Powers) Ordinance No. 45, 1970 (P.U. (A) 282/1970) berkuatkuasa pada 10.8.1970.

Tun Abdul Hamid Mohamad, Bekas Ketua Hakim Negara dalam catatannya menyatakan bahawa pindaan tersebut merupakan kejayaan politik orang Melayu dan Tun Abdul Razak.

Umumnya seksyen 3(1)(f) memperuntukkan bahawa adalah menjadi kesalahan bagi seseorang jika mempersoalkan hak kewarganegaraan, kedudukan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit dan sebagainya bagi orang Melayu atau anak negeri Sabah dan Sarawak dan kedudukan Raja-Raja Melayu.

Secara spesifiknya (f) bagi mempersoalkan apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan atau prerogative yang ditetapkan atau dilindungi oleh peruntukan Bahagian III Perlembagaan Persekutuan atau Perkara 152, 153 atau 181 Perlembagaan Persekutuan.

Bahgian III adalah mengenai kewarganegaraan. Perkara 152 ialah mengenai Bahasa Kebangsaan. Perkara 153 adalah mengenai “perizaban kuota berkenaan dengan perkhidmatan, permit dan sebagainya bagi orang Melayu atau anak negeri Sabah dan Sarawak.

Jelas sekali, mana-mana pihak yang mempertikai tentang kuota adalah pihak yang melanggar perlembagaan dan boleh diambil tindakan.

Persoalannya bagaimanakah situasi semasa politik di Malaysia hari ini?

Amat jelas, DAP yang pertama kali memegang tampuk kuasa telah melanggar seksyen ini yang dipinda kerana tidak mahu peristiwa 13 Mei berulang kembali?

Tentunya rakyat yang cintakan keamanan tidak mahu peristiwa berdarah itu berulang kembali, tidak kira bangsa dan agama apa pun.

Tetapi tindak tanduk Bangsa DAP seolah-olah menjemput kembali peristiwa itu untuk berulang.

Ketika ini mereka bukan sahaja mempersoalkan hak keistimewaan orang Melayu dan anak-anak negeri Sabah dan Sarawak, kedudukan agama Islam, institusi Raja-Raja Melayu , malah menghina Nabi Muhammad SAW dan agama Islam!

Pada tahun 2014, atas desakan pihak tertentu Akta Hasutan ini pernah cuba dipinda. Namun, sebahagian besar orang Melayu khususnya UMNO dan NGO Melayu membantah dan mahu ia terus dikekalkan. Perdana Menteri ketika itu, Datuk Seri Najib Razak akur dengan kehendak orang Melayu.

Antara tokoh yang turut membantah pindaan akta tersebut termasuklah Tun Abdul Hamid sendiri.

Selepas pertukaran kerajaan pusat daripada Umno-BN kepada DAP-PH, usaha-usaha untuk meminda akta ini kembali kedengaran.

Tidak pelik kerana yang memegang kuasa pada hari ini bukan lagi majoriti orang Melayu, juga terdiri daripada mereka yang kuat menentang akta ini semasa menjadi pembangkang dahulu.

Menurut catatan Tun Abdul Hamid, antara yang pernah mempertahan akta ini daripada dipinda ialah Tan Sri Muhyiddin Yasin.

Namun, tidak pasti adakah Muhyiddin masih mempertahankan prinsipnya dalam keadaan partinya hanya minoriti.

Rakyat khususnya orang Melayu wajar mengikuti perkembangan ini dengan teliti dan peka. Jangan sampai menang sorak kampong tergadai. – NTHQIBORD 24 MEI 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.