ISU syarat fasih berbahasa Mandarin sepatutnya diperjelaskan oleh Kementerian Sumber Manusia yang kini ditadbir di bawah menteri Bangsa DAP, M. Kulasegaran.

Namun selepas hampir seminggu polemil matrikulasi dan isu syarat bahasa Mandarin ini berlanjutan, Kulasegaran masih enggan mengeluarkan sebarang kenyataan.

Sebaliknya dengan mudah menteri Bangsa DAP itu menuding jari kepada Dr Maszlee Malik menjawab itu tersebut.

“Anda tanya Dr. Maszlee. Biar dia jawab,” katanya.

Pada minggu lalu, Maszlee dilaporkan berkata bahawa isu kuota matrikulasi kepada bukan bumiputera dan syarat fasih berbahasa Mandarin ketika temuduga pekerjaan yang disyaratkan majikan tidak boleh dilihat secara terpisah.

Kenyataan itu mengundang reaksi marah pelbagai pihak termasuk beberapa pemimpin dan penyokong DAP serta MCA yang mahu Maszlee hanya menumpukan isu-isu Kementerian Pendidikan tanpa campur tangan dalam soal pekerjaan di bawah Kementerian Sumber Manusia.-

Pada minggu lalu, Maszlee dilaporkan berkata bahawa isu kuota matrikulasi kepada bukan bumiputera dan syarat fasih berbahasa Mandarin ketika temuduga pekerjaan yang disyaratkan majikan tidak boleh dilihat secara terpisah.

Kenyataan itu mengundang reaksi marah pelbagai pihak termasuk beberapa pemimpin dan penyokong DAP serta MCA yang mahu Maszlee hanya menumpukan isu-isu Kementerian Pendidikan tanpa campur tangan dalam soal pekerjaan di bawah Kementerian Sumber Manusia.

Jadi adakah ini sikap seorang menteri DAP yang kononnya berwibawa tetapi sebenarnya hanya pandai berdolak dan menuding jari kepada orang lain.

Walhal DAP dan Bersatu (parti diwakili Maszlee) berada dalam kapal yang sama tetapi nampak jelas tiada kesepakatan atau tanggungjawab bersama dalam menjawab satu-satu isu.

Kenapa menteri DAP itu takut menyentuh isu bahasa Mandarin yang bukan saja dibangkitkan Maszlee, tetapi ramai lagi pihak menyuarakan keluhan sama.

Adakah Kulasegaran takut ditempelak pemimpin tertinggi Bangsa DAP atau sekutu mereka?

Isu ini adalah tanggungjawab Kulasegaran kerana beliau perlu menyelesaikan kemelut rakyat yang berdepan cabaran seperti isu bahasa Mandari ketika mencari pekerjaan.

Jika rasa takut untuk menegur DAP, letaklah jawatan secara terhormat dan jangan sampai rakyat memaksa anda buat kali kedua.

Jika keadaan ini berterusan, tidak hairanlah jika rakyat menggelar kerajaan Pakatan Harapan sebagai kerajaan caca marba dan kerajaan sepenggal kerana kerapuhan kerjasama antara parti-parti komponen.

Ingat, rakyat memilih anda untuk berkhidmat, bukannya bermain wayang atau mencetuskan polemik yang merunsingkan hati semua pihak. – 24 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.