SELEPAS Lim Kit Siang menarik diri daripada berdebat dengan Najib, kini ada lagi satu macai yang konon nak ganti Kit Siang.

Tapi yang lucunya, RSN Rayer ini sedar atau tidak kedudukannya jika hendak dibandingkan dengan Najib yang merupakan bekas perdana menteri.

Si Rayer ini apa sahaja jawatan yang dia pernah sandang? Setakat baharu satu penggal jadi Ahli Parlimen sudah berani hendak ajak negarawan berdebat.

Sampaikan waktu bersidang di Parlimen haru-biru dibuatnya dek perangai terkinja-kinja Rayer ni.

Kalau dilihat daripada segi pengalaman dalam politik, jauh Najib tinggalkan Rajer.

Najib sebelum ini pegang jawatan sebagai perdana menteri dan presiden UMNO untuk tempoh sembilan tahun.

Bahkan dia adalah menteri besar termuda dalam sejarah negara ini apabila pernah mentadbir negeri Pahang untuk tempoh lima tahun, pada umur 29 tahun.

Berbalik kepada si Rayer, jawatan apa dia pernah sandang? Presiden parti, pengerusi mahupun setiausaha  agong DAP, sudah tentu bukan dia.. apatah lagi dalam Kabinet kerajaan.

Melainkan hanya jawatan picisan dalam DAP. Hanya itu yang layak dengan dia.

Agak janggal untuk orang seperti Rayer ajak Najib berdebat. Atau mungkin Rayer sudah sedar diri bahawa rakyat makin menyampah dengan sikap dirinya yang selalu menghuru-harakan Parlimen.

Jadi dia pun gunakan mengambil kesempatan untuk raih publisiti murahan dengan menggunakan Najib untuk menarik perhatian rakyat agar menonton perdebatan tersebut.

Kemungkinan lain pula, dia sengaja hendak jadi hero kerana tidak ada dalam kalangan pemimpin DAP yang bersuara mengenai debat ini.

Jadi untuk acah hero dia pun tawar diri untuk berdebat..konon mahu tunjuk dia yang paling berani menggantikan bosnya melawan Najib.

Sementara itu, Najib menerusi akaun Facebooknya sebentar tadi mempersoal tindakan Rayer untuk berdebat dengannya.

Mana tidaknya, sebelum ini Lim Kit Siang memberi alasan tarik diri kerana khuatir ada provokasi perkauman antara Melayu dan Cina.

Tapi sekarang ini, Rayer pula tawar diri. Tidak takut provakasi antara Melayu dan India ke?- NTHQiBord, 24 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.