NAMPAK caranya Mukhriz Mahathir ini makin lama makin biadab disebabkan keengganan dia daripada bersalaman dengan Sultan Johor, Sultan Ibrahim Almarhum Sultan Iskandar.

Mana tidaknya hari baik bulan baik begini hendak tunjuk perangai ego dia. Makin berusia makin matang sepatutnya, tapi tidak. Perangai mengalahkan budak-budak.

Video kejadian itu dikongsikan oleh Tunku Mahkota Johor (TMJ) Tunku Ismail Sultan Ibrahim pagi tadi.

Tidak tahu motif sebenar Mukhriz tetapi sepatutnya sebagai individu yang mempunyai jawatan tertinggi di dalam pentadbiran negeri dia seharusnya menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat.

Malah dia juga adalah kepimpinan daripada sebuah parti berteraskan Melayu yang di dalamnya prinsip-prinsip perjuangan adalah menjunjung kemuliaan dan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu.

Tapi apa yang kita lihat ini berbeza dengan asas perjuangan parti itu. Dia sebagai Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) tidak sepatutnya bertindak mengikut emosi.

Sebagai pemimpin, dia mempunyai pengikutnya yang tersendiri. Keadaan ini memberi pelbagai kesan, antaranya sama ada penyokong Bersatu merasakan Mukhriz adalah seorang yang derhaka.

Ataupun mereka bersetuju dengan tindakan Menteri Besar Kedah itu.

Situasi ini merupakan cerminan tidak sihat kepada rakyat, mana tidaknya sebagai ketua dia sepatutnya tunjuk teladan yang baik kerana perkara ini akan menjadi ikutan rakyat.

Walaupun tidak berpuas hati terhadap beberapa isu namun dia sepatutnya bertindak dengan matang. Jangan menunjukkan perasaan kurang senang terhadap Sultan Johor dengan cara begitu.

Bukankah di prinsip Rukun Negara yang ke-dua ‘Kesetiaan Kepada Raja dan Negara’ adalah pegangan kepada rakyat di negara ini.

Kesetiaan di sini bukan membawa maksud patuh secara membuta tuli tetapi lebih sikap hormat kepada institusi beraja yang merupakan simbol kepada kedaulatan agama Islam dan ketuanan orang Melayu.

Kalau dengan Raja dia suka hati sahaja bersikap kurang ajar seperti itu. Apatah lagi dengan rakyat marhaen?

Namun, dikatakan tindakan Mukhriz ini berkait rapat dengan hubungan dingin di antara bapanya, Tun Mahathir Mohamad dengan Istana Johor.

Ada beberapa isu yang menjadi punca kepada perkara ini antaranya berikutan pemilihan menteri besar dan isu Statut Rom yang kemudian menyebabkan Malaysia menarik diri.

Mukhriz dan pemimpin-pemimpin negara semalam, hadir ke Istana Abu Bakar di Pekan, Pahang bagi memberikan penghormatan terakhir kepada almarhum Sultan Ahmad Shah Al Musta’in Billah Sultan Abu Bakar. – NTHQiBord, 24 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.