PERTUBUHAN Generasi Warisan Kebangsaan (Generasi) kecewa dengan pengumuman kerajaan yang tidak berhasrat memberikan ‘duit raya’ kepada peneroka dengan alasan kedudukan kewangan negara kurang memberangsangkan.

Pengumuman yang dibuat oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali mengundang seribu satu perasaan resah buat 112,635 peneroka yang sering mendapat manfaat dari kerajaan sebelum ini.

Walau bagaimanapun Azmin sebagaimana dilaporkan media berkata kerajaan sedang berusaha memberikan insentif Pinjaman Sara Hidup dan Pendahuluan Hasil kepada peneroka sebelum tiba Aidilfitri.

Menurut Presiden Generasi, Roslan Md Esa kepada HarakahDaily, rata-rata peneroka kecewa dengan perkhabaran tersebut kerana selama ini telah menjadi amalan biasa oleh Felda memberi duit raya kepada peneroka yang ladangnya diurus oleh Felda.

Adapun bayaran insentif bulanan (sara hidup) yang dinikmati peneroka selepas tanam semula bukanlah percuma, katanya.

Ujarnya, insentif wang yang disediakan oleh kerajaan itu bukan bentuk “one off” tetapi perlu dibayar semula oleh peneroka. – 24 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.