SEKUMPULAN perusuh menyerang dan membakar balai polis Tambelangan di Madura, Jawa Timur susulan rusuhan yang tercetus di ibu negara Indonesia, Jakarta.

Ketua Polis Jawa Timur, Inspektor Jeneral Luki Hermawan berkata berpuluh-puluh perusuh tiba di balai polis itu pada petang Rabu bagi mengesahkan berita tentang pemimpin Madura yang terperangkap di sebuah kawasan di Jakarta apabila rusuhan tercetus.

Kemudian mereka mula merusuh dan cuba menyerang anggota polis dan banduan tetapi sasaran mereka berjaya menyelamatkan diri menggunakan pintu belakang.

“Rusuhan itu tercetus akibat berita palsu,” kata Luki selepas melawat balai polis itu bersama Gabenor Jawa Timur, Khofifah Indar Parawansa dan komander tentera Brawijaya, Mejar Jeneral R Wisnoe.

“Kami sudah mengenalpasti identiti perusuh dan tindakan akan diambil ke atas mereka,” kata Luki.

Rusuhan berdarah tercetus di Jakarta selepas penyokong calon yang kalah dalam pilihan raya presiden, Prabowo Subianto turun mengadakan bantahan terhadap keputusan pengundian itu yang didakwa berlaku penipuan.

Sekurang-kurangnya tujuh orang terbunuh dalam rusuhan paling buruk di Jakarta sejak 1998. – 24 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.