KEPUTUSAN Lim Kit Siang menolak untuk berdebat secara terbuka dengan bekas Perdana Menteri ke-6, Datuk Seri Najib Razak mendedahkan kelemahan beliau dalam penguasaan Bahasa Kebangsaan.

Seorang penganalisis politik menyatakan bahawa kelemahan penguasaan Bahasa Melayu antara faktor Kit Siang menolak debat tersebut.

“Memang patut uncle Lim Kit Siang tolak untuk berdebat dengan DS Najib Razak. Sebab uncle bukan pandai debat pun. Bahasa pun lintang-pukang. Gaya debat pun macam gangster saja. Tak pernah ikut kursus debat ke hape. Nanti boleh jatuhkan imej DAP dan PH,” kata Tanaka Mustafa.

Menurut beliau Najib juga bukan hebat sangat dalam berdebat. Tetapi dia tahu kelemahan Kit Siang.

“Tengok anak uncle Lim debat dalam dewan pun sama. Bukan reti debat, hanya reti buat tuduhan, tengking dan marah-marah. Dalam dewan boleh lah Speaker tolong cover. Dalam debat terbuka, cari malu saja. DS Najib Razak tahu dah. Sebab tu dia setuju saja uncle Lim ajak debat.

“Lepas tu sorang lagi ajak DS Najib debat. Kaki bising dalam dewan. MP Jelutong. Orang ini saya rasa lebih mangkuk berbanding uncle Lim. Lagi tak reti debat. Tulis surat kenyataan media pun barai. Lagi nak ajak orang debat. Dah boleh agak dah dia nak sembur apa dalam debat dia tu nanti,” kata Tanaka lagi.

Bagi Tanaka, Orang yang Najib boleh cabar untuk berdebat adalah dengan Azmin, ataupun Rafizi. Mereka mempunyai fakta dan gaya debat yang tersusun, sesuai dengan gaya Najib juga. Baru namanya debat. Kalau mahu kredit dan mendapat liputan lebih, Najib Razak kena cabar bakal PM-8, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ibaratkan jika Najib pada tahap 10, kalau menang berdebat dengan Ahli Parlimen Jelutong, tidak bertambah pun tahapnya. Tahap sampah saja. Kalau menang lawan Kit Siang Lim, baru dapat naik tahap 11. Menang lawan Azmin dan Rafizi, boleh lah dapat naik tahap 13. Menang lawan debat dengan bakal PM-8, boleh naik tahap 20 terus.

Tajuk asal yang dicadangkan oleh Najib sebelum ini berkaitan dengan skandal 1MDB. Namun DAP mencadangkan tajuk pada “Bagaimana Malaysia menjadi kleptokrasi global?” tetapi akhirnya menarik diri. – 24 Mei 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.