GELI hati bila baca ulasan Mohd Puad Zakarshi mengenai ‘kebaculan’ Lim Kit Siang menarik diri daripada meneruskan debat dengan Datuk Seri Najib Razak.

Dengan analogi mudah, Ketua Bahagian UMNO Batu Pahat itu menjelaskan tentang maksud malam dan siang.

Siang biasanya dikaitkan dengan terang benderang, berterusan terang, berani, transparen dan terbuka. Malam dikaitkan dengan kegelapan, takut, seram, berselindung, pintu belakang, berdolak dalik, banyak hantu dan berbohong.

Sama seperti situasi Kit Siang menolak debat dengan Najib. Dari siang menjadi malam. Kata Puad, elok tukar nama daripada Lim Kit Siang kepada Lim Kit Malam.

Seterusnya adalah ulasan Puad mengenai Lim Kit Malam.

Apa sudah jadi Lim Kit Malam? Dia kata dia tidak takut. Dia bangga tempoh 53 tahun sebagai ahli pembangkang yang berani.

Tetapi 53 tahun dulu tidak sama dengan sekarang. Dulu dia pembangkang, bolehlah cakap apa dia suka. Cakap lepas.

Tetapi sekarang mereka adalah kerajaan. Kena cakap berfakta. Cakap mesti serupa bikin. Kena buktikan apa yang mereka telah buat bila ada kuasa.

Rupanya setelah setahun memerintah keadaan bertambah teruk. Janji tidak boleh ditunaikan dan ekonomi bertambah buruk.

Itu yang menyebabkan Lim Kit Malam buat U-Turn dan cari berbagai alasan untuk batalkan debat. Takut backfre. Takut jadi defensive.

Lim Kit Malam sedar Najib orang yang berfakta.

Facebook beliau mendapat like dan share yang tinggi. Apa sahaja tuduhan atau maklumat Kerajaan terutama oleh anaknya akan dijawab segera oleh Najib dengan fakta.

Lim Guan Eng dan Kerajaan tidak mampu menjawab balik. Kerana tidak ada fakta. Mereka hanya tahu berbohong. Seperti hutang 1 Trilion.

Itu yang menyebabkan Lim Kit Malam baru sedar dia tidak boleh berdebat dengan orang yang ada fakta seperti Najib.

Satu daripada alasan utama Lim Kit Malam menolak debat ialah takut jadi isu kaum. Itulah sahaja modal DAP. Kalah di Cameroon Highland dikaitkan dengan isu kaum dan kerjasama UMNO-PAS juga dikaitkan dengan kaum.

Sedangkan DAP adalah parti yang menggunakan isu kaum untuk terus hidup. Sebab itu mereka menang besar di Sandakan.

Sebenarnya kalau tajuk kleptocracy dikekalkan pun Lim Kit Malam akan mengelak berdebat. Penjualan aset negara juga boleh dikaitkan dengan kleptokrasi. Lim Kit Malam terjerat kerana keangkuhannya.

Malang sekali debat dibatalkan. Dibatalkan gara gara Lim Kit Malam takut. 10 alasan yang diberikan hanyalah pendapat yang dikutip daripada online. Itu boleh direka. Persoalannya bila masa autotarian seperti Lim Kit Malam mahu mengambil pendapat orang ramai. Memang penakut.

Malu apa “Kit Malam”.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.