SAMPAI bila Tun Mahathir Mohamad mahu menyimpan menteri-menteri ultra kiasu?

Itu persoalan yang dibangkitkan oleh pendakwah bebas, Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah mengenai nafsu serakah menteri ultra kiasu sejak mendapat kuasa terlalu membuak-buak sehingga merosakkan pembangunan pendidikan dan pembangunan negara bangsa.

Sebagai contoh, M Kulasegaran kini mengeluarkan kenyataan membenarkan pelajar Sekolah Menengah Persendirian Cina (SMPC) menjalani latihan dan mendapatkan sijil di 32 institusi latihan teknikal dan vokasional di bawah kementeriannya.

Kelulusan itu diberikan ketika isu matrikulasi hangat diperkatakan oleh Bangsa DAP dan sekutunya yang mahu Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik meletak jawatan.

Lebih malang lagi, Ridhuan Tee berkata, Memorandum Persefahaman (MoU) telah pun ditandatangani antara kementerian itu dengan Persatuan Pengelola-Pengelola Sekolah Cina (Dong Zong) iaitu badan yang bertanggungjawab terhadap sekolah pendidikan dan sekolah persendirian Cina di Malaysia.

“Hebat ultra kiasu, kita bising di luar, mereka diam-diam buat kerja. Yang buat bising ini kerja tak berjalan juga. Ultra kiasu dapat sebanyak-banyaknya apa yang dituntut.’Tipah tertipu’.

“Persoalannya, sudahkah KPM dirujuk dalam perkara besar ini. Jika belum, wayang apakah yang sedang dimainkan? Hebat sungguh ultra kiasu merancang. Jika beginilah keadaannya, saya tidak tahu apakah nasib yang akan menimpa rakyat Malaysia khususnya Bumiputera sementara menunggu PRU15.

“Ternyata perancangan ultra kiasu mengatasi perancangan Yahudi lagaknya. Saya yakin mereka belajar daripada Yahudi,” kata Pensyarah Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) itu seperti dilaporkan Ismaweb.

Semalam, Kulasegaran dilaporkan berkata, kementeriannya bakal menawarkan Kursus Sijil Pengajar Vokasional (VTO) kepada pengajar Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) daripada sekolah yang memenuhi syarat dan terma ditetapkan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).

Katanya, kementerian juga akan mempertimbangkan permohonan pinjaman atau biasiswa kepada pelajar yang layak serta mematuhi syarat dan terma untuk melanjutkan pengajian dalam program TVET, VTO dan lain-lain.

Mengulas lanjut, Ridhuan Tee mempersoal tindakan menteri sumber manusia yang membuat keputusan mendahului kajian dan laporan Pasukan Petugas Dasar Sijil Peperiksaan Bersepadu (PPDUEC) di bawah Kementerian Pendidikan (KPM) diketuai anak kepada Prof Khoo Kay Kim, Eddin Khoo Bu Eng yang dilantik oleh menteri pendidikan sendiri.

“Apa dah jadi? Kajian pengikhtirafan belum selesai, pihak kementerian ultra kiasu sudah buat kerja dan mendahului? Untuk makluman, PPDUEC sejak akhir tahun lalu sehingga Julai tahun dalam proses untuk menyiapkan kajian dan membentangkan kepada KPM dan seterusnya ke Kabinet.

“Saya adalah antara salah seorang panel yang ditemuduga bagi mendapatkan nasihat pakar. Malangnya, kajian ini belum selesai, menteri sumber manusia sudah mendahului. Pasti PPDUEC sangat kecewa. Tunggulah dulu. Hormatlah sikit menteri pendidikan. Takkan ultra kiasu tidak boleh bersabar,” katanya.

Susulan itu, Ridhuan Tee berharap, Perdana Menteri Tun Mahathir menyingkirkan menteri ultra kiasu ini jika berlaku rombakan dalam Kabinet.

“Kerajaan tidak patut biarkan gunting dalam lipatan berada dalam Kabinet. Terlalu bahaya. Dia bertindak seolah-olah kerajaan ini ‘bapa dia yang punya’.

“Apakah tiada ada koordinasi antara mereka sesama menteri dalam perkara ini. Saya mohon rakyat Malaysia, bangkit melihat semua kebobrokan ultra kiasu ini,” katanya. – 25 Mei 2019.

2 COMMENTS

  1. Tak perlu buang menteri rasis PH kerana rakyat akan tendang mereka keluar selewat-lewatnya pada pru15 atau mungkin lebih awal

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.