ALASAN kerajaan Pakatan Harapan bahawa kekangan kewangan menjadi punca tidak dapat menyalurkan bonus raya kepada peneroka Felda, disifatkan sebagai tidak munasabah.

Bagi Ahli Parlimen Setiu Shaharizukirnain Abdul Kadir, alasan itu tidak wajar kerana para peneroka Felda yang merupakan penyumbang utama kepada pendapatan hasil minyak sawit sehingga mencecah RM80 bilion pada tahun lalu.

Itu menunjukkan kerajaan tidak prihatin terhadap nasib 11,635 peneroka Felda kerana bonus Aidilfitri merupakan wang ehsan daripada Kerajaan sedangkan wang sara hidup dan wang pendahuluan adalah ‘gaji bulanan’ para peneroka.

Malah Kerajaan juga tidak wajar mempertikaikan hak penerimaan gaji bulanan yang sememangnya suatu prosedur bulanan.

Sepatutnya, bonus Aidilfitri ini boleh dijadikan kayu ukur keprihatinan kerajaan terhadap nasib peneroka Felda yang semakin terhimpit dengan nilai komoditi sawit yang masih lagi tidak stabil.

Oleh itu kerajaan digesa agar menyalurkan bonus Aidilfitri kepada peneroka dan tidak sama sekali mempertikaikan wang sara hidup dan wang pendahuluan yang merupakan komitmen berpanjangan daripada Kerajaan bukannya wang ehsan Aidilfitri.

Buktikan keprihatinan Kerajaan hari ini dalam memartabatkan nasib peneroka-peneroka Felda! – 25 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.