PERSEPSI orang Melayu dengan sikap malas memang tidak dapat lari lagi. Manakan tidak, bila perkara itu dimulakan oleh pemimpin nombor satu negara suatu ketika dahulu.

Sekarang ini orang yang sama berada di jawatan itu lagi.

Maka apa yang dia katakan dahulu, makin diulang-ulang jadi semakin sebati dengan corak pemikiran masing-masing.

Terutama dalam kalangan orang bukan Melayu. Malu kan?

Kononnnya orang Melayu ini malas, tidak pernah berubah, tidak pernah berusaha, jangan terlalu bergantung kepada bantuan kerajaan, pemimpin lama terlalu banyak bagi gula-gula kepada rakyat.

Itu antara ungkapan yang kita selalu dengar. Terkini dia kata, jangan terlalu berharap kepada duit raya.

Tidak pernah pula kita dengar orang dewasa menerima duit raya, lain la kepada kanak-kanak.

Walhal, lupakah kerajaan Pakatan Harapan (PH) bahawa suatu ketika dahulu. Selepas mereka menang pilihan raya umum, terus dilakukan pelancaran bantuan Tabung Harapan Malaysia (TBM).

Alasannya kerajaan lama hutang banyak, jadi kewangan negara tidak mencukupi untuk PH meneruskan pentadbiran negara.

Jadi tiada pula salah kerajaan untuk mengemis duit daripada rakyat marhein ini?

Bukankah pemimpin mereka berkata orang Melayu jangan bergantung kepada pemberian orang lain, kerana akan melemahkan jiwa seseorang.

Jadi sebab itulah menteri Kabinet sedia ada ini banyak buat perkara sia-sia, sebab kerajaan bergantung sumbangan daripada rakyat.

Sampai tubuhkan TBM, konon minta rakyat bantu kerajaan disebabkan kerosakan pemerintahan dahulu.

Maka benarlah kata-kata pemimpin terbabit, sebab itulah majoriti jemaah menteri sekarang ini lesu.

Mana tidaknya kenyataan yang mereka berikan seolah-olah meraka ini tidak berpendirian. Malah seringkali u-turn.

Tidak ada penetapan dalam sebarang pelaksanaan, alih-alih ikut balik dasar kerajaan lama.

Oh mungkin itulah punca utamakan. Sebab mintak duit daripada rakyat.

Logikkan perkara ini? Jadi rakyat Malaysia, kalau kerajaan minta apa-apa lagi. Jangan bagi muka.

Sebab kalau kita tolong, makin lembik mereka ini.

Masa pilihan raya umum dahulu, bukan main lagi merayu mintak undi. Tapi sekarang ini, semua jadikan alasan rakyat lemah, lembik dan lain-lain. – NTHQiBord, 25 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.