SUDAH empat bulan berlalu sejak Menteri Pertahanan berkelulusan seni kulinari (masakan), Mohamad Sabu berjanji untuk umum dividen Lembaga Tabung Angkatan Tentera (LTAT).

Tapi sudah hampir memasuki Jun, masih tiada khabar untuk golongan tentera yang menyimpan wang dalam yayasan tersebut.

Kebiasaannya LTAT akan umum dividen pada awal tahun dan sebagai rekod, yayasan itu umum dividen 12.5% pada 2017 ketika Barisan Nasional (BN) memerintah.

Menurut coretan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak, pelaburan terbesar LTAT adalah dalam kumpulan Boustead Holdings.

LTAT banyak bergantung kepada prestasi Boustead serta anak-anak syarikat mereka seperti Boustead Plantations dan Boustead Heavy Industries.

Boustead yang tidak pernah rugi ketika Najib menjadi perdana menteri tetapi syarikat itu tiba-tiba melaporkan kerugian teruk tahun lepas setelah pengerusi serta barisan pengurusan Boustead ditukar oleh Pakatan Harapan (PH).

Pada 2017, Boustead untung RM876 juta.

Tapi 2018 di bawah PH pula, Boustead rugi RM488 juta.

Bukan itu sahaja.

Semalam, kedua anak-anak syarikat utama Boustead iaitu Boustead Plentations dan Boustead Heavy Industries juga telah mengumumkan kerugian untuk suku pertama tahun 2019 iaitu kerugian berterusan untuk 4 suku berturut-turut.

Pada suku pertama 2018 di bawah BN, dua syarikat ini masih mencatat keuntungan.

Hampir pasti bahawa Boustead Holdings juga akan umumkan kerugian untuk suku pertama tahun 2019.

Oleh itu, Boustead kini dalam proses penjualan aset secara besar-besaran.

Mereka sudah jual hotel Royale Chulan di Bukit Bintang kepada syarikat Singapura (terus dijual walaupun Mat Sabu pernah beberapa kali menafikan).

Boustead juga merupakan pemaju untuk projek The Curve dan Mutiara Damansara serta pusat membeli-belah MyTOWN di Jalan Cochrane.

Saya diberitahu Boustead sedang menjual tanah-tanah mereka bersebelahan The Curve dan MyTOWN yang bernilai ratusan juta Ringgit.

Sebelum ini, Boustead akan memajukan tanah-tanah tetapi kini dijual begitu sahaja sebagai tanah lapang.

Oleh itu, harga saham Boustead Holdings sudah jatuh lebih dari 60% sejak PRU14.

Maka tidak hairan Najib bimbang bahawa bukan sahaja untuk dividen LTAT tahun 2018 yang sudah lambat diberikan tetapi untuk tahun 2019 juga.

Mat Sabu turut bimbang atau tidak ataupun masih sibuk kunjung-mengunjung kehormat sesama menteri-menteri PH.

Raya dah makin dekat, bila lagi nak umum dividen? – 26 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.