DRAMA demi drama disajikan kepada rakyat Malaysia yang mahukan keadilan buat anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim.

Kali ini, peguam yang mewakili keluarga arwah Adib, Syazlin Mansor menarik diri daripada prosiding inkues kematian anggota bomba itu.

Syazlin juga mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) dalam inkues tersebut.

Perkara itu dimaklumkan Syazlin di hadapan Koroner Rofiah Mohamad, dalam prosiding inkues kematian Muhamad Adib masuk hari ke-37, di Mahkamah Koroner di Shah Alam, hari ini.

“Dengan penarikan diri ini, saya percaya saksi ke-29, bekas Pakar Perunding Kanan Forensik dan Patologi, Hospital Canselor Tuanku Mukhriz, Profesor Dr Shahrom Abd Wahid yang sepatutnya dipanggil semula keterangan pada hari ini terbatal,” katanya.

Persoalannya, kenapa tiba-tiba peguam yang mewakili keluarga Adib, kementerian dan bomba itu menarik diri tanpa sebab kukuh yang dinyatakan?

Adakah beliau sudah kecewa dengan inkues tersebut yang semakin mengelirukan?

Sebelum ini Syazlin pernah membangkitkan perkara itu apabila mengatakan teori pakar forensik dari Hospital Kuala Lumpur, Dr Ahmad Hafizam Hasmi sebagai mengelirukan.

Sedangkan Syazlin yang merupakan seorang peguam boleh keliru dengan teori itu, apatah lagi untuk rakyat biasa memahaminya?

Setidak-tidaknya, keluarga Adib dan rakyat Malaysia dapat perkembangan yang positif tentang inkues kematian Adib yang semakin berlanjutan ini, lagi-lagi sebagai pengubat untuk keluarga arwah.

Sebaliknya, penarikan diri Syazlin mencetuskan banyak lagi persoalan tentang ketelusan inkues yang sepatutnya mencari keadilan buat keluarga Adib.

Apa lagi drama selepas ini? – NTHQibord27 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.