BARU-baru ini kecoh di media sosial berkenaan isu pihak berkuasa tempatan (PBT) di Johor dituduh melakukan intipan dan memerangkap orang yang tidak berpuasa.

Bagaimanapun perkara itu disangkal oleh yang dipertua majlis berkenaan.

Tapi yang menjadi persoalannya apabila anak kepada perdana menteri melalui ciapan di Twitternya mempersoal tindakan penguatkuasaan itu.

Marina Mahathir tanpa melakukan usul periksa terus keluarkan kenyataan mengkritik tindakan majlis perbandaran itu sambil membandingkan negara ini dengan negara barat.

Beliau bukanlah calang-calang orang, mempunyai latar belakang pendidikan yang baik tapi kenapa dia tidak buat semakan dahulu sebelum membuat tuduhan melulu sehingga boleh merosakkan imej Islam dan majlis perbandaran tersebut.

Perkara ini dipersetujui oleh penceramah bebas, Ustaz Ahmad Husam Baderudin yang mempersoal kritikan Marina kerana tidak merujuk  pihak berkuasa berkenaan sebelum mengeluarkan kenyataan.

“(Marina) seorang anak kepada perdana menteri, malah dia bukan orang kampung biasa..orang intelektual.

“Apakah dia boleh kutip berita tepi jalan dan terus viralkan.

“Dia kutip benda (berita) tepi jalan,” katanya ketika dihubungi NTHQiBord hari ini.

Tuduhan terhadap pihak PBT berkenaan penguatkuasaan intipan terhadap orang yang tidak berpuasa ini adalah satu situasi yang mendukacitakan.

Apatah lagi perkara ini dilakukan pada bulan Ramadan.

Malah ianya seolah-olah memburukan imej Islam dan menggambarkan agama ini adalah ekstrem dan tidak berperikamusiaan.

Menurut Husam, tidak salah jika PBT melaksanakan penguatkuasaan termasuk menangkap orang yang tidak berpuasa.

Namun katanya, pihak yang mempertikaikan tindakan PBT itu boleh mengundang masalah sehingga mencetuskan fitnah terhadap Islam..

Katanya, keadaan ini menunjukkan bahawa meraka ini cuba menanam pemikiran bahawa agama Islam ini buruk.

“Mereka ini nak gambarkan kepada yang bukan Islam bahawa ..inilah Islam yang sebenar.

“Menggambarkan Islam adalah satu agama yang ditakuti untuk orang mengikutnya,” katanya.

Baru-baru ini media tempatan melaporkan Majlis Perbandaran Segamat (MPS) menyamar sebagai pekerja kedai makan bagi menangkap orang Islam yang makan secara terbuka di bulan puasa.

Namun ianya dinafikan oleh Yang Dipertua MPS Mohd Masni Wakiman yang mengatakan pihak mereka tidak pernah melakukan intipan yang sedemikian rupa. – NTHQiBord, 27 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.