DULU sebelum pilihan raya umum, suara dan muka dialah selalu keluar di portal-portal pro-DAP untuk menjaga cerita keburukan Felda.

Malah dia sendiri mengakui bahawa dalam tempoh setahun bermula 2017, dia akan berkempen di kawasan-kawasan Felda pada setiap hari tanpa gagal sehingga pilihan raya umum pada 9 Mei 2018.

Misinya adalah memastikan kesemua 54 kerusi Parlimen Felda menjadi milik Pakatan Harapan (PH), sekali gus menumbangkan Barisan Nasional (BN) buat kali pertama dalam tempoh 61 tahun.

Mudah saja misi yang dilakukannya. Seperti yang diakui, dia ‘menghasut’ peneroka Felda bahawa kehidupan mereka amat teruk di bawah BN dan keadaan yang lebih baik dijanjikan oleh Pakatan Harapan.

Misinya berjaya. Peneroka Felda beralih arah dan memangkah PH. Banyak kawasan Felda yang tumbang kepada PH. Ketika itu, mereka sudah bayangkan kehidupan mewah yang dijanjikan Rafizi.

Tapi selepas lebih setahun PH menang, mereka yang termakan janji manis sebelum PRU14 mula tertanya-tanya, di manakah RAFIZI RAMLI?

Jangan katanya batang hidung, malah kelibatnya juga tidak kelihatan di mana-mana kawasan Felda selepas PH menang.

Boleh dikatakan Rafizi ibarat hilang tanpa dikesan. Langsung tidak melawat kawasan Felda seperti yang dilakukannya sebelum PRU14.

Adakah kerana janjinya untuk memastikan peneroka hidup mewah di bawah PH tidak kesampaian?

Adakah Rafizi malu sendiri kerana tersalah teori tentang Felda, sama seperti formula minyak dan lain-lain?

Kehilangan Rafizi bukan sesuatu yang dirindui peneroka Felda, sebaliknya mengundang kemarahan.

Mereka marah kerana termakan janji manis Rafizi. Mereka rasa tertipu oleh kata-kata Rafizi.

Mungkin kini mereka dah kenal siapa sebenarnya yang mempunyai rekod lidah bercabang.

Mungkin juga mereka sudah menyesal kerana membuta tuli mendengar kata-kata pakar teori terunggul PKR itu.

Apakan daya, pepatah Melayu sentiasa mengingatkan, sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada gunanya. – 27 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.