PERSOALAN demi persoalan timbul daripada kemelut inkues kematian anggota bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim apabila peguam yang mewakili keluarga arwah, Syazlin Mansor menarik diri daripada prosiding.

Peguam itu yang mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) dan Jabatan Bomba dan Penyelamat itu bagaimanapun tidak menyatakan sebab beliau menarik diri.

Namun jawapan yang diberikan oleh Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Zuraida Kamaruddin mencetuskan tanda tanya.

Berdasarkan kenyataan kepada sebuah portal, Zuraida berkata pihaknya menerima arahan untuk menggugurkan Syazlin sebagai peguam yang mewakili keluarga Adib, KPKT dan bomba.

“Diarahkan untuk gugur (Syazlin) kerana tidak ikut norma,” jawab Zuraida ringkas.

Persoalannya, siapa yang arahkan Zuraida untuk gugurkan Syazlin?

Syazlin juga mengesahkan beliau ada berjumpa menteri pada Sabtu lalu, dan adakah hasil pertemuan itu membawa kepada keputusan untuk gugurkannya?

Seperti yang kita tahu, Syazlin sebelum ini pernah pertikai teori pakar forensik HKL yang cuba mengaitkan kecederaan Adib berpunca akibat dirempuh kenderaan.

Katanya, teori pakar tersebut Dr Ahmad Hafizam Hasmi mengelirukan berdasarkan pengiraan fizik yang dibuatnya.

Dr Ahmad sebelum ini berkata bahawa beliau tidak bersetuju bahawa Adib ditarik dan tersepit.

Sebaliknya beliau mempertahankan teori bahawa Adib keluar sendiri dari kenderaan bomba walaupun tiada saksi nampak kejadian tersebut.

Jadi adakah kerana Syazlin tidak setuju dengan teori Ahmad menyebabkan beliau digugur?

Adakah ini satu cubaan untuk menutup kebenaran bahawa kecederaan Adib bukan disebabkan dipukul perusuh, sebaliknya kerana dirempuh kenderaan bomba?

Sebagai rekod, KPKT sendiri yang melantik peguam untuk mewakili kementerian itu, bomba dan keluarga Adib dalam inkues tersebut.

Syazlin juga ketika ditanya sebab tarik diri, beliau enggan mengulas dan hanya memberitahu bahawa Peguam Negara, Tommy Thomas akan berbincang dengan KPKT bagi mencari penggantinya.

Kenapa Syazlin menyebut Peguam Negara sedangkan KPKT yang bertanggungjawab memilih pengganti?

Adakah Tommy ada campur tangan dalam kemelut terbaru ini?

Beliau ketika dihubungi sebuah portal enggan memberi sebarang komen.- NTHQibord 27 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.