TAK habis-habis parti bakal perdana menteri buat hal.

Lepas kecoh isu iftar disambut ala-ala pesta oleh Pemuda PKR (AMK) baru -baru ini, kini muncul pula isu baru.

Kali ini, Ahli Parlimen Johor Bahru dari Parti PKR, Akmal Nasrullah Mohd Nasir dikecam pelbagai pihak kerana menganjurkan masjlis berbuka puasa di rumah ibadat Sikh di Gurdwara Sahib, Johor Bahru, Johor

 Pemuda UMNO Johor mengecam tindakan Akmal dan menyifatkan ahli PKR itu tidak peka terhadap sensitiviti umat Islam di negara ini.

“Kita sebagai bangsa Johor tidak lari dari bersikap toleransi dengan kemajmukan masyarakat Malaysia yang pelbagai.

“Namun, hasrat Akmal untuk memupuk perpaduan antara masyarakat berbilang kaum, tidak kena dengan caranya,” kata Mohd Hairi Mad Shah, Ketua Pemuda Umno Negeri Johor.

Dalam Islam, Ramadan dianggap sebagai bulan suci, bulan Allah SWT. Apakah wajar pada bulan yang mulia ini umat Islam dibawa untuk berbuka puasa Gurdwara Sahib? Soal Mohd Hairi yang Ketua Pergerakan Umno Bahagian Johor Bahru.

Banyak lagi tempat yang boleh diadakan majlis sebegini seperti di Masjid, Surau, Rumah Anak-anak Yatim, Rumah Orang Tua dan di Pusat Khidmat Ahli Parlimen itu sendiri.

Tidak ada masalah untuk menjemput masyarakat berbilang kaum berbuka puasa, namun mengajak umat Islam berbuka puasa di rumah ibadah agama lain adalah amat-amat tidak kena.

Pemuda Umno Johor mencadangkan agar program itu ditukar lokasinya. Ahli Parlimen itu diseru agar lebih cakna dan senstitif terhadap toleransi budaya dan agama sehingga tidak menjejaskan akidah sebagai seorang Muslim.

Adalah dibimbangi, gelombang liberalisme dalam Pakatan Harapan semakin hari semakin mengukuhkan kedudukan dan cengkamannya.

Perlahan-lahan mereka menggunakan cara sedemikian untuk mempengaruhi corak pemikiran orang Melayu-Islam melalui proksi.

Sebelum ini pun negara pernah digemparkan dengan isu boleh memegang anjing sebagaimana haiwan peliharaan lain seperti kucing, arnab dan sebagainya.

Padahal Islam mempunyai tatacaranya sendiri termasuk dalam hubungan dengan masyarakat bukan Islam.

Ini hanyalah salah satu kes daripada banyak kes yang melibatkan pemikiran liberal dalam era kerajaan baharu DAP-PH. – 28 Mei 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.