GERAKAN Pembela Ummah (Ummah) mahu mengadakan himpunan himpunan rakyat demi keadilan Adib secara besar-besaran jika tidak ada tindakan yang positif daripada pihak yang bertanggungjawab.

Demikian dinyatakan Aminuddin Yahaya, Pengerusi Ummah dalam suatu kenyataan media hari ini.

Kenyataan itu dibuat susulan penarikan diri peguam Syazlin Mansor dalam proses inkues Allahyarham Mohamad Adib Mohd Kassim

Dalam kenyataannya, Ummah sejak awal mempersoalkan kewajaran untuk diadakan inkues terhadap kes kematian Allahyarham Mohd Adib memandangkan pihak polis sudah menyelesaikan siasatan dan mengklasifikasikan kes ini sebagai kes bunuh dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Pihak tertuduh (4 orang) telah dikenal pasti dan ditangkap namun kemudian dilepaskan dengan ikat jamin oleh pihak polis. Di mana keberadaan mereka ini tidak dapat dikenalpasti sehingga hari ini.

Kebimbangan Ummah jelas terbukti apabila keputusan inkues seolah-olah sudah disusunaturkan lebih awal supaya menampakkan bahawa kes ini bukan lagi kes bunuh tetapi kemalangan.

Ini di sahkan apabila Pejabat Peguam Negara telah memfailkan afidavit menyatakan Allahyarham Mohd Adib tidak dipukul, walaupun inkues masih berlangsung. Ummah mengesyaki seolah-olah ada konspirasi oleh pihak tertentu bagi menentukan keputusan inkues.

Semalam, 27 Mei 2019 kebimbangan Ummah lebih terserlah apabila diberitakan peguam yang mewakili KPKT dan pihak bomba, Syazlin Mansor menarik diri secara tiba-tiba walaupun inkues masih berjalan.

Menurut sebahgian laporan media sosial penarikan diri ini adalah disebabkan oleh faktor “keselamatan”.

Penarikan diri peguam Syazlin Mansor ini menimbulkan banyak persoalan daripada jawapan yang perlu dijawab antaranya. Ummah menyenaraikan persoalan tersebut:-

1. Kenapa penarikan diri berlaku disaat-saat akhir inkues yang dikatakan akan berakhir tidak beberapa hari lagi?

2. Kenapa dikatakan alasan penarikan diri ini adalah disebabkan faktor keselamatan? Adakah ada unsur-unsur ugutan yang diberikan kepada Syazlin Mansor? Kenapa pihak keselamatan tidak mengambil tindakan untuk melindungi beliau?

3. Dimaklumkan arahan menarik diri oleh peguam Syazlin Mansor adalah hasil dari sepucuk surat dari pihak “tertentu”, siapa yang menulis surat tersebut?

4. Peguam Syazlin Mansor juga menyatakan pengunduran diri setelah beliau bertemu dengan Menteri KPKT Zuraidah. Jadi rakyat nak tahu apakah arahan Zuraidah kepada peguam dan siapa pulak yang mengarahkan Zuraidah supaya meminta Syazlin Mansor menarik diri?

5. Adakah pihak Peguam Negara terlibat dalam penarikan diri Syazlin Mansor dan adakah di sana berlaku salah guna kuasa oleh pihak Peguam Negara?

6. Kenapa Menteri KPKT membuat kenyataan secara tiba-tiba bahawa peranan peguam Syazlin Mansor adalah “redundant” dengan peranan pihak Peguam Negara walhal selama ini ia tidak dipersoalkan?

7. Adakah penarikan diri peguam Syazlin Mansor ini akan menyebabkan bukti dari saksi utama Allahyarham Mohd Adib; Perunding Kanan Patalogi Forensik di United Kingdom, Prof Dr Shahrom Abd Wahid tidak lagi boleh dijadikan bahan bukti? Jika benar maka ia jelas membuktikan memang keputusan inkues sudah dibuat awal walaupun bukti yang diberikan oleh Prof Dr Shahrom secara saintifik membuktikan Allahyarham tidak dilanggar tetapi sebaliknya dipukul.

Atas alasan itu Ummah, bagi pihak rakyat keseluruhannya dengan ini menuntut supaya:-

1. Surat yang mengarahkan penarikan diri peguam Syazlin Mansor didedahkan supaya rakyat tahu siapa yang menulis dan atas sebab sebenar kenapa penarikan diri itu berlaku?

2. Mendesak supaya peguam Syazlin Mansor, Menteri KPKT, Zuraida dan Peguam Negara dipanggil sebagai saksi-saksi dalam prosiding inkues tersebut, supaya Mahkamah dapat menyelidik jika terdapat sebarang bentuk tekanan dan arahan jahat dari pihak-pihak tertentu yang cuba mengganggu-gugat integriti proses inkues tersebut.

3. Menuntut saksi pakar patologi Prof Dr Shahrom dipanggil kembali untuk memberikan keterangan lanjut, seperti yang dijadualkan pada awalnya.
d. Peguam negara mesti meletakkan jawatan kerana tidak lagi bersifat “impartial” di dalam tugasannya.

Dalam hal ini Ummah tidak akan teragak-agak akan mengambil tindakan selanjutnya demi memastikan keadilan diberikan kepada keluarga Allahyarham Mohd Adib. Ini termasuk, jika terdapat bukti yang kukuh terhadap salahguna kuasa, untuk melaporkan kepada pihak SPRM untuk diadakan siasatan terhadap pihak yang terlibat.

Ummah juga tidak menolak kemungkinan untuk mengadakan Himpunan Rakyat Demi Keadilan Untuk Adib secara besar-besaran jika tidak ada tindakan yang positif dari pihak yang bertanggungjawab. – 28 Mei 2019

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.