MASYARAKAT di negara ini khususnya orang Melayu semakin keliru dengan prosiding inkues kematian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim.

Manakan tidak selepas empat bulan inkues ini berlangsung, tiba-tiba peguam yang mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Syazlin Mansor digugurkan.

Orang Melayu seakan rasa terhina dengan kes Adib ini kerana kematiannya tidak mendapat pembelaan yang sewajarnya.

Apatah lagi nyawa Adib melayang ketika arwah sedang bertugas semasa berlakunya rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman, Subang Jaya.

Ketika niatnya hanya untuk memadamkan kebakaran yang berlaku tetapi arwah pula menjadi mangsa keganasan perusuh.

Perkara ini dipersetujui oleh penasihat NGO Islam, Zamil Ibrahim yang mendesak kerajaan serta kementerian yang bertanggungjawab meneliti perkara ini.

Beliau turut mengkritik tindakan menteri yang mengugurkan peguam yang mewakili kementerian itu dan keluarga Adib.

Tambahnya, tindakan ini seolah-olah menunjukkan kerajaan sedang mempermainkan perasaan orang Melayu yang menunggu pembelaan kes Adib.

“Ramai dalam kalangan orang Melayu agak terganggu dengan perkara sebegini.

“Apa tujuan kerajaan Malaysia atau pihak yang berkaitan dengan isu ini, hendak main wayang apa lagi.

“Mereka (kerajaan) sekarang ini sedang mempermainkan perasaan orang Melayu,” katanya ketika dihubungi NTHQiBord, baru-baru ini.

Zamil pada yang sama berkongsi luahan hati bapa kepada Adib iaitu Mohd Kassim Abdul Hamid yang kecewa kerana kematian anaknya itu tidak terbela seolah Allahyarham bukan rakyat negara ini.

Sementara itu, beliau turut mendesak Menteri KPKT, Zuraida Kamaruddin untuk mengadakan sidang media bagi memperjelaskan mengenai perkara ini kerana rakyat berhak mengetahuinya.

“Kita hendak tahu daripada mulut dia (menteri) apa yang sedang terjadi.

“Seandainya pihak keluarga sudah tahu mengenai ini, rakyat Malaysia juga patut tahu.,” katanya. – NTHQiBord, 28 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.