GERAKAN Ummah melancarkan petisyen bagi mendesak Peguam Negara, Tommy Thomas meletak jawatan susulan kemelut isu pengguguran peguam Syazlin Mansor yang mewakili arwah Muhamamd Adib Mohd Kassim.

Dalam keterangan petisyen itu, Presidennya, Aminuddin Yahaya berkata Peguam Negara bertanggungjawab atas kemelut tersebut kerana menolak kes kematian Adib sebagai kes bunuh dan meminta inkues dijalankan.

Walaupun ramai tidak bersetuju, Tommy tetap berdegil meneruskan keputusan tersebut.

Aminuddin juga pernah persoalkan kekeliruan yang dicetuskan Pejabat Peguam Negara apabila afidavit yang mengatakan Adib tidak dipukul walaupun proses inkues masih berjalan.

Malah pengguguran Syazlin mencetuskan lebih banyak persoalan daripada jawapan yang dicari dalam inkues itu.

Sehubungan itu, Aminuddin berkata Peguam Negara harus lebih berhati-hati kerana kes ini menarik perhatian seluruh rakyat.

“Apa-apa kenyataan yang dibuat akan menimbulkan implikasi dan jika tidak dikawal boleh menyebabkan ketegangan hubungan antara kaum.

“Ramai juga yang menentang perlantikan beliau sebagai Peguam Negara dahulu kerana beliau dilihat tidak arif dalam bahagian jenayah tetapi hanya berpengalaman dalam kes-kes komersial dan ini sesuatu yang amat berbahaya kerana melibatkan nyawa manusia.

“Cuba bayangkan jika kesilapan-kesilapan seperti ini berlaku pada masa-masa hadapan, berapa banyak lagi nyawa manusia akan terkorban tanpa mendapat keadilan yang sebenar?” katanya. – 28 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.