BERMACAM persoalan yang timbul dibenak rakyat berkenaan inkues kematian Muhammad Adib Mohd Kassim.

Terutama apabila dikatakan ada unsur desakan daripada pihak tertentu yang cuba menganggu prosiding inkeus ini.

Keadaan ini jelas terbukti apabila Syazlin Mansor, peguam yang mewakili Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) menarik diri.

Arahan itu pula datangnya daripada KPKT yang memerintahkan Syazlin untuk tidak lagi mewakili kementerian itu.

Perkara ini adalah sesuatu yang aneh.

Manakan tidak kerana sebelum ini menterinya Zuraida Kamaruddin juga yang meminta peguam terbabit untuk membantu Polis DiRaja Malaysia dalam memastikan tidak ada perkara yang terlepas pandang berlaku.

Tapi kini Zuraida dah keluarkan arahan baharu pula, apa yang tidak kena?

Sekiranya Syazlin tidak menjalankan tugasnya dengan baik sepatutnya dia disingkirkan dengan lebih awal.

Malah bukan pada saat akhir sedangkan prosiding inkues ini akan berakhir lagi dua hari.

Situasi ini turut mendapat respon daripada Persatuan Peguam-Peguam Muslim Malaysia yang mempertikai tindakan KPKT itu kerana pelantikan Syazlin juga adalah daripada pihak terbabit.

Presidennya Datuk Zainul Rijal Abu Bakar berkata Peguam Negara Tommy Thomas sepatutnya bertanggungjawab di dalam menjelaskan perkara ini kepada rakyat.

Menurut beliau, pencerahan perlu dilakukan memadangkan penyingkiran Syazlin ini mendapat kritikan umum kerana dikatakan ada tangan ghaib yang mengganggu perjalanan inkues ini berlangsung.

“PPMM kesal dengan tindakan tidak professional seperti ini dan keadilan mestilah dilakukan kepada Mohd Adib Kassim.

“Peguam negara perlu menjelaskan sepenuhnya apa yang berlaku tanpa berselindung disebalik kuasa yang ada pada beliau,” katanya memetik kenyataan medianya baru-baru ini.

Sementara itu Zainul juga turut mengucapkan terima kasih kepada Syazlin kerana telah melakukan yang terbaik di dalam memastikan kematian Adib ini terbela.

“Melalui penelitian PPMM dalam prosiding tersebut, Syazlin telah bekerja keras membawa kes beliau dan membantu koroner dengan pelbagai input dan keterangan yang tidak disentuh oleh Jabatan Peguam Negara.

“Inilah peranan yang dimainkan Syazlin sebagaimana yang dikehendaki Menteri KPKT melalui siaran medianya pada 24 Disember 2018 walaupun beliau kemudiannya dilaporkan berubah pendirian,” katanya. – NTHQiBord, 28 Mei 2019.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.